picture of life

5 Laman Kegemaran mrozaidi

Hari saya tergempar dengan satu tag yang dilancarkan oleh catzer. Ingin saya ucapkan terima kasih kepada catzer kerana telah membuat satu tag untuk saya. Saya gembira pekara ini berlaku untuk saya dan laman kesayangan saya ini. Terima Kasih Semua… Huhu..

Berkaitan dengan perkara di atas, 5 laman kegemaran mrozaidi;

1. TornCity – Laman Games Kekejahatan Alam Maya.

Laman ini sudah menjadi kegemaran saya ketika ini, setelah berkecimpung selama 473 hari sudah menjadi tabiat membuka komputer berinternet yang melayani laman ini. Jadi permainan ini masih lagi menjadi salah satu yang mesti saya masuk dan bermain-main. Jika saya surf internet, inilah laman yang pertama akan saya suka disamping blog kesayangan saya.

2. Kumpulan Pemikir Bebas – Laman Pemikir-Pemikir Membebaskan Diri Menyatakan Pemikiran.

Dengan adanya saudara Qaiyum, maka laman ini dibangunkan untuk memberi kepada segelintir rakan saya dan Qaiyum untuk menyatakan pendapat sama ada salah atau benar. Itu tidak menjadi persoalan teras. Tetapi laman ini dibangunkan untuk menerapkan pemikiran yang bernas dan mengasah akal untuk berfikiran bernas. Jadi saya merupakan ahli kumpulan ini untuk menyatakan pendapat atau pemikiran yang diketengahkan.

3. Friendster – Laman Untuk Berpautan Rakan-Rakan Tidak Kira Di Mana Jua.

Yehahh!!! Laman ini pula sudah menjadi tabiat remaja muda dan tua termasuklah saya yang masih remaja untuk menikmati laman ini. Laman ini menjadi platform saya untuk mengusik dan mencari awek-awek cun untuk di”usha”. Bukan untuk dijadikan awek. Tapi kalau jadi, Syukur. Jadi saya menjadikan laman ini untuk melihat pelbagai keindahan yang sedia ada walau pun laman ini sedang berlawan dengan myspace. Itu tidak menjadi pekara pokok untuk saya menikmatinya. Gatal juga saya di laman ini.. Hehe..Itu tidak mengapa. Laman hanya sekadar bermain-main sahaja.

4. Jurnal e-Bangi – Laman Web Untuk Santapan Pelajar Linguistik UKM

Laman ini merupakan laman sepanjang saya berkecimpung dalam “pertapaan pencarian ilmu”. Jika saya inginkan maklumat baru dalam pengajian master saya. Laman inilah saya jadikan laman perpustakaan yang dikatakan boleh mendapat ilmu sepanjang pengajian saya. Laman ini menghasilkan kajian-kajian yang dihasilkan oleh pakar-pakar dalam bidang Linguistik. Jadi sesiapa yang mahukan atau mengetahui lebih lanjut ilmu tentang bahasa bolehlah ke laman ini.

5. Mohd Ismail – Laman Yang Mengandungi 99.9% Lebih Mohd Ismail Berbanding Tembikai Biasa.

Ermm.. Inilah laman yang hari-hari aku buka. Walaupun tidak komen sebanyak-banyaknya tapi laman ini telah memberi saya inspirasi kepada saya untuk kehadapan. Saya mendapat maklumat yang dikehendaki dari Mohd Ismail walaupun agak jelous dengannya yang sentiasa membuat pembaharuan yang mengejutkan saya. Apa yang saya inginkan, itulah dia yang dia buat. Fuhhh!!!! Walaupun begitu, saya juga teruja dengan lain-lain laman blog seperti Chot, Qaiyum, Azhar Ahmad dan banyak lagilah..

Jadi itulah laman web biasa yang menjadi kegemaran saya. Oleh demikian juga, menjadi lumrah blogger untuk meng”tag kepada orang yang dikehendakinya. Jadi saya tidak mahu terlepas peluang untuk tag orang. Jadi saya ingin tag”kan kepada : Saudara Qaiyum @ Chot @ Chika @ Hamdi & Shahdila

19 Responses Subscribe to comments


  1. Qaiyum

    Aaa.. Kene Tag. Malas Aa.. Pnat Aa.. Hahaha..

    Nak Bayar Aa..

    Mar 04, 2008 @ 3:49 pm


  2. Azhar Ahmad

    hahahah, saya pun main torncity. 575 hari… Ahahah

    Thx pasal promote my blog

    Mar 04, 2008 @ 4:54 pm


  3. fiza

    wah…saya jugak! main torncity gak… tp baru 180 hari

    Mar 04, 2008 @ 4:58 pm


  4. mrozaidi

    Buat La.. Orang DAh Keje Kena Rajin

    Mar 04, 2008 @ 5:17 pm


  5. mrozaidi

    Ye Ke Main Torncity…
    Apa Nama?
    Leh Kita Satu Fiction

    Mar 04, 2008 @ 5:18 pm


  6. mrozaidi

    Main Jugak..
    Apa Nama?

    Mar 04, 2008 @ 5:19 pm


  7. fiza

    namaku adalah wardah

    Mar 04, 2008 @ 5:41 pm


  8. mrozaidi

    Ooo…

    Mar 04, 2008 @ 6:00 pm


  9. deennasour

    deen pon dah tag qaiyum,,,,,,hahaha..byk le oeg tag dia..glamour gitu

    Mar 04, 2008 @ 8:09 pm


  10. mrozaidi

    Nampaknya gitu la..

    Mar 04, 2008 @ 9:30 pm


  11. catzer

    kekekeke,ok apa sekali sekala kena tag..itu aku belum ping lagi tu :p

    Mar 04, 2008 @ 10:11 pm


  12. mrozaidi

    Haha.. Ok Je.. Ada Jgk Modal Aku Wat Entri

    Mar 04, 2008 @ 11:25 pm


  13. chot

    kalau aku free nanti aku cuba jwb tag ko ye…aku bz sgt mggu ni la..

    Mar 05, 2008 @ 11:58 am


  14. mrozaidi

    Tak Kisah la Bro..Huhu

    Mar 05, 2008 @ 12:50 pm


  15. framestone

    selamat aku x kne tag ngn ko ek huhuhu

    Mar 05, 2008 @ 5:39 pm


  16. mrozaidi

    Tak Pa.. Lain Kali Aku Tag Ko Lak..

    Mar 05, 2008 @ 6:22 pm


  17. emet

    Salam Rozaidi, ko punye feveret sesawang ni lain dari yang lain la :)

    Tapi bagus la, sekurang2 aku tau jugak pe yang ko cari bila online ni :)

    Mar 17, 2008 @ 5:36 pm


  18. mrozaidi

    Huhu.. Tak Kisah La..Janji Sama2 Kita Kongsi..

    Mar 17, 2008 @ 6:54 pm


  19. framestone

    ada hati nk tag aku ek huhuuh..kite tgk sapa yang kne ek

    Mar 21, 2008 @ 4:15 pm

Reply