9 Perkara Wanita Suka, Lelaki Benci
1. BARANGAN DI DALAM BILIK MANDI
Wanita : Shower cap, body scrub, foot scrub, perapi, serum rambut, masker untuk wajah, gel mandian pelbagai harum, segala jenis berus, span mandian dan pelbagai khazanah yang terdapat dalam bilik mandi. Memang agak menyemak tetapi itulah yang kaum wanita perlukan.
Lelaki : Cuma perlukan berus gigi, ubat gigi, dan sabun mandi.
2. SHOPPING
Wanita : 24 jam sehari sebenarnya tidak cukup untuk kaum wanita membeli-belah. Terutamanya yang menganggap shopping in the best therapy for stressful. Mereka mencuba hingga 10 pasang pakaian dari semua gedung yang disinggah tetapi mungkin hanya membeli satu atau tidak beli langsung. “Kena survey dulu, sayang. Tak boleh nak beli terus, takut jumpa yang lebih menarik nanti menyesal pulak”, itu alasan yang kerap diberikan.
Lelaki : Singgah ke satu kedai – pilih ala kadar -bayar – balik.
3. BERBUAL
Wanita : Memang terkenal dengan sikap banyak cakap terutamanya ketika melayan kenalan. Daya pemikiran wanita mudah merangsang topik perbualan dengan pantas. Kalau dah bercakap, sudah hendak berhenti pulak tu! Terutamanya dalam bab-bab gosip.
Lelaki : Lebih suka memikirkan topik perbualan terlebih dahulu senelum menyusulkan.
4. MENANGIS
Wanita : Dengan menangis, dapat melegakan perasaan, itulah kaum wanita! Mereka mampu menangis 3-4 kali sehari! Mereka menangis kerana gembira. Mereka juga menangis kerana berduka. Perkara kecil pun boleh menangis, tengok filem Hindustan pun boleh meleleh air mata. Sebab itulah orang cakap, air mata merupakan senjata utama kaum wanita!
Lelaki : Sukar mengeluarkan air mata kecuali atas dasar sesuatu yang begitu menyentuh lubuk hatinya.
5. KUIZ
Wanita : Bukankah ada banyak kolum-kolum berbentuk kuiz di surat khabar mahupun di majalah terutamanya yang berkaitan dengan cinta dan perhubungan? Itulah antara kegemaran kaum wanita! Mereka sentiasa teruja untuk memcubanya dan mudah terpengaruh dengan jawapan di pengakhiran kuiz tersebut.
Lelaki : Lebuh suka dengan kuiz yang menguji ketajaman minda dan mencabar.
6. KASUT
Wanita : Sering kali memiliki stok kasut yang banyak. Mereka suka membeli kasut (untuk di suai padankan dengan koleksi pakaian) dan sehinggakan tidak tahu mana satu disimpan koleksi kasut tersebut. Kasut yang mengikut trend pasti menjadi koleksinya.
Lelaki : Tidak ada kasut yang mengikut trend dan tidak memerlukan sejumlah kasut, pakai sahaja mana yang ada!
7. FAMILY GET-TOGETHER
Wanita : Wanita memang suka menghabiskan masa bersama keluarga. Mereka berpendapat, masa yang terluang elok habiskan bersama keluarga tersayang. Melakukan aktiviti bersama-sama mempu mengeratkan kasuh sayang.
Lelaki : Ada masa-masanya jugalah. Tapi senang menghabiskan masa terindah bersama rakan-rakan.
8. BUNGA DAN COKLAT
Wanita : Sangat suka dengan coklat dan bunga. Kata mereka, ada makna disebalik warna bunga ros yang dihadiahkan itu. Coklat, emmm lupakan seketika niat untuk diet! Malah coklat juga mampu mengurangkan stress.
Lelaki : Lebih sukakan benda-benda besar dan lebih bermakna seperti Tiket Formula One atau Televisyen LCD 32 inci! Biar berbaloi beb, kalau nak bagi hadiah!
9. SOAP OPERA
Wanita : Ini memang kegemaran kaum wanita. Sanggup menanti di hadapan kaca TV semata-mata mahu menonton soap opera kegemarana. Kerja-kerja rumah, diketepikan dahulu. Jangan ganggu tumpuan mereka menonton soap opera kegemarannya.
Lelaki : Ahh!!! Buang masa je layan soap opera yang kebanyakkan jalan ceritanya berbelit-belit dan tidak mencabar langsung.
chika
hep.
ada juga kes dimana ianya bersifat songsang.
Sep 22, 2008 @ 6:09 pm
fiza
kadang2 yg dibenci itu akan menjadi value utk seseorang menyukai pasangannya… manusia ni ada kurang dan lebihnya… sebab tu tuhan jadikan kita ni lengkap melengkapi… antara list ko tu… ada yg betui dan ada juga yg tidak dan ada jugak yg bersifat songsang… urm… kitakan manusia…
fizas last blog post..21-09-08
Sep 22, 2008 @ 6:28 pm
mrozaidi
Itu hanya sebilangan kecil sahaja..
Sep 22, 2008 @ 6:44 pm
mrozaidi
Itu Sadah Semestinya..Kan? Tapi Sukar Nak jadi sebegitu Rupa.. Ko Gaduh la Dgn Sapa2.. Nanti Leh Suka “dia”..Kehkeh..
Sep 22, 2008 @ 6:48 pm
fiza
urm… sejak beberapa tahun lepas aku sedang berusaha utk membuang semua perasaan benci dan memaafkan mereka2 yg pernah menyakiti… urm nampaknya sukar la klu aku mengikut pandangan kau wahai eddy… hahaha… sabar jerla, jodoh tu dh ditetapkan… mungkin “dia” ada jauh dr pandangan… tp mungkin suatu ms kita akan bertemu jugak “dia”…
fizas last blog post..21-09-08
Sep 22, 2008 @ 10:27 pm
mrozaidi
Ya.. Menanti Adalah Satu Penyiksaan.. Huhu…
Sep 22, 2008 @ 10:52 pm
Kujie
Persezaan antara lelaki dan wanita lah yang menyebabkan kita memerlukan satu sama lain utk melengkapi satu sama lain
Sep 24, 2008 @ 5:17 pm
framestone
macam kaji selidik untuk marketing je… aku dah pernah kne wat huhuhu
framestones last blog post..SMK Anderson di hati ku
Sep 24, 2008 @ 11:55 pm
fiza
xdak entry raya ka? urm slmt hari raya… maaf salah silap eh… urm mai umah tau raya ni…
fizas last blog post..Aidilfitri 1429H
Sep 26, 2008 @ 1:02 pm
Irdzra
wah wah wah..entry pasal wanita lagi ke bro ? haha..
menangis..lelaki mungkin ego untuk menangis..adakah ?
soap opera ? Bukan aku untuk tgk..cerita yang bwat aku sakit hati dgn watak lembik..
bukan sumer lelaki dan wanita mcm yg ko tulis kut..hehe…
owh..salam aidiladha!
Sep 26, 2008 @ 11:29 pm
iEn
tu kelebihan wanita.. emo itu seni haha!
p/s: raya xbest langsung ler.. sob2
Oct 05, 2008 @ 9:05 am
chuckiesd
Tapi biler tgk entri ni..aku perhatikan..lelaki ni lebih suker yg simple and tak complicated..:)
chuckiesds last blog post..Riang Ria di Hari Raya
Oct 07, 2008 @ 2:50 pm
fiza
bila la atok ni nk wat new entry niiii…..
Oct 07, 2008 @ 8:22 pm
adila
Keperluan antara wanita dan lelaki adalah berbeza. Kalau sama, tak seronok jugak kan. Sebab tu Allah jadikan kita semua berpasang-pasangan. Lelaki dengan pompuan, baik buruk….
Sekarang ni bilik mandi saya dah dihiasi dengan berus gigi kecil dan ubat gigi kanak-kanak
Oct 13, 2008 @ 4:28 am
ihateher
saya setujuuu.
ihatehers last blog post..What you will do if some girls ask you for break up?
Oct 15, 2008 @ 8:58 am