Biodata

Nama diberi Muhammad Rozaidi Ibrahim setelah dipersetujui oleh keluarga. Dibesarkan di kawasan desa atau dikenali kampung ataupun luar bandar. Dilahirkan di Kedah dan dibesarkan di situ juga. Saya tidak berpindah randah dan menetap di satu tempat sahaja, bermakna rumah ibubapa. Saya dibesarkan dan disekolahkan di sekolah yang berada dalam pekan besar yang berhampiran. Setelah bertungkus lumus dalam pengajian dalam persekolahan dan pencapaian yang baik, maka berjaya melanjutkan pengajian di menara gading iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah 3 tahun bertungkus-lumus dalam pengajian Lingusitik maka ijazah Sarjana Sains Sosial dengan Kepujian Linguistik telahpun diterima pada tahun 2007 baru² ini. Oleh Itu, pengajian akan diteruskan dalam pengajian yang lebih tinggi dalam bidang yang sama dalam pengajian Master (MA).
Kini cuba untuk menjinakkan diri dalam alam maya serta blog dan cuba untuk mendalamkan diri dalam penulisan blog dan sampingannya. Jesteru itu, Diharapkan dapat membantu dan dibantu serba sedikit dalam menjalankan aktiviti ini. Jika terdapat sebarang penulisan yang diketengahkan menganggu sensitiviti sesetengah pihak dan pelawat, ribuan kemaafan dihulurkan.
Jika mahu bersembang:
- YM : eddzril@yahoo.com.my
- Friendster
Sekian terima kasih….
Popularity: 2% [?]




