Aduhai Politik
Dalam entri yang lepas, menyisahkan tentang pemimpin yang dianggap hebat tetapi sebenarnya tidak hebat dan hanya mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh ‘pengampunya’. Tapi kali ini, saya ingin menyatakan bahawa suasana politik sekarang ini sudah berubah.
Dahulunya pengundi lebih cenderong untuk mengundi parti² politik untuk memberi kepercayaan masing² dalam menjanakan kehidupan yang lebih selesa. Tetapi kini, keadaan sudah berubah, pengundi² lebih cenderong untuk mengundi calon mereka sendiri tidak kira dari mana calon itu datang. Yang penting mereka lebih memberi kepercayaan sepenuhnya kepada calon² mereka ini untuk membela nasib mereka di dewan perdebatan. Calon² yang bertanding tidak kira dari mana² parti politik, yang pasti calon² yang disokong ini memang sudah berupaya untuk menentukan nasib dan tidak kira mana² perjuangan yang dibawa. Oleh demikian, calon² yang dipertandingkan sememangnya calon yang layak diberi mandat untuk menyuarakan suara rakyat di Parlimen.
Walau bagaimanapun, calon² ini harus beringat, jika tidak melakukan apa yang dimandatkan oleh rakyat setempat, maka rakyat akan menggunakan kuasa mengundi semula pada PilihanRaya (PR) akan datang untuk memilih calon lain untuk memberi mandat semula. Oleh sedemikian, calon ini akan disingkirkan. Itu yang menjadi fenomena pada PR abad-21 ini. Sukar untuk menduga apa yang akan pada masa akan datang. Sekarang ini bukan kuasa mengundi ditentukan oleh parti tetapi dikuasai oleh pengundi. Oleh itu, harus diingatkan bahawa parti² politik harus menjaga dan mengetahui isi hati rakyat dan permintaan mereka.
Fenomena ini berlaku disebabkan kalangan pengundi² berumur di antara 40 tahun ke bawah. Ini yang sukar untuk parti politik menduga untuk memenangi setiap percalonan yang dipilih. Golongan ini tidak berminat untuk menjalankan aktiviti yang dianjurkan oleh mana² parti politik. Sekarang ini atau semasa PR baru² ini, hanya sebilangan sahaja golongan sedemikian yang menjebakkan diri mereka dengan kempen² dan ceramah atau perang saraf untuk menangi undi, dan yang sebahagian besar lain, tidak terjebak dengan aktiviti sedemikian. Tetapi golongan ini, dapat maklumat yang secukupnya seperti pekara yang dibualkan dan ‘diperangkan’ oleh mana² calon untuk memenangi hati rakyat. Sudah tentunya, golongan ini memnpunyai sumber² yang didapati sama ada dari media massa, Internet, SMS, dan sebagainya. Jadi mereka ini juga mengikuti keadaan semasa tanpa rasa kekurangan yang sedia ada.
#bersambung lagi…
Popularity: 34% [?]



March 16th, 2008 at 2:21 pm
Setuju bangat dengan apa yang ditulis… Kita tak perlu dah ceramah2… Buat kerja elok, pimpin rakyat ke arah yang lebih baik, 4 tahun lagi, kamu akan dipilih lagi… itu sahaja….
March 16th, 2008 at 2:24 pm
Haha.. Dipilih Untuk Apa Bro??…
March 18th, 2008 at 1:12 pm
emm..setiap calon yg terpilih ptut melaksanakan tugas dgn penuh tanggungjwab..klu setakat nak dptkan elaun wakil rakyat je, ahh! tak payah la pilih dia lagi..
March 18th, 2008 at 1:25 pm
Betul Jugak.. Mereka ini lebih suka berjanji tanpa menunaikan janji itu dan sekarang pengundi lebih cenderong kepada bukti perjanjian..