Angan-Angan Tahi Ayam

Kenapa semua yang diharapkan tidak menjadi?. Semua hanya pada angan-angan tahi ayam. Inilah yang terjadi kepada Barisan Nasional. Kenapa dahulunya dilihat beria-ria untuk menyiarkan siaran langsung selama 30 minit. Tapi hanya setengah jam sahaja yang disiarkan. Bukan hanya untuk sepanjang tahun, tapi untuk setengan jam sahaja untuk setahun. Apa sudah jadi? Inikah yang harus diikuti. Kenapa takut untuk disiarkan. Adakah tidak mahu tembelang pecah. Ini yang menjadi persoalan yang ditimbulkan di fikiranku.

Walaupun dahulunya kalah pada pilihan raya yang telah mengancam BN. Tapi itu bukan urusanku untuk mengambil tahu akibatnya. Aku inginkan siaran langsung tersebut. Itu yang dikehendaki, bukan hanya pada aku tapi untuk masyarakat khususnya. Ini bukan untuk mengempar-gemburkan keadaan. Tapi ini yang harus disampai kepada masyarakat umumnya. Ini menyebabkan pemikiranku sudah tidak menyebelahi mana-mana parti lagi. Jika aku kaya akan aku buka parti baru satu lagi. Ini bukan untuk kepetingan diri. Tapi ini untuk menyedari semua bahawa kita harus memberi dan membuka peluang kepada masyarakat untuk mengetahui apa yang terjadi dalam parlimen. Ini yang harus dilakukan oleh mana-mana pihak.

Bukan itu sahaja, pada siaran pertama, telah memberi impak kepada BN kononnya. Ini bukan malu ke tidak. Ini tidak melibatkan maruah pun apa-apa. Bukan? Pada khabarnya dan perilaku yang dilakukan oleh media massa telah memberi impak kepada BN. Ini bukan sahaja memberi impak. Tapi penutupan siaran langsung ini lebih memberi impak yang lagi kuat untuk tidak menyukainya. Bukan aku sahaja tapi sebesar masyarakat yang lain. Dulunya kata malu kerana menyiarkan sidang parlimen. Bukan malu terletak pada siaran langsung. Tapi mula pada diri sendiri kerana tidak tahu menjawab soalan. Ini masalah sendiri. Bukan masalah media atau masyarakat. Ini harus ditanggung oleh meraka yang ingin menjadi wakil rakyat. Salah jawab dan tidak mampu menjawab dengan baik bukan masalah rakyat ataupun aku tapi jika tidak mampu menjawab mana-mana pihak. Jangan jadi wakil rakyat. Apa kes jika tak mampu menjawab soalan. Bukan sekolah pun jika tanya soalan mampu menjawab. Inikan wakil rakyat. Kononnya hebat tapi hampes pun tak dak. Sedih betul meraka itu.

Aku tidak lagi menyokong mereka yang bertopengkan manusia. Aku tidak mahu terlibat dengan mereka yang berdusta dan aku tidak mahu menyokong meraka yang berangan-angan tahi ayam. Ini bukan takut tapi kita ada fikiran kenalah berfikir untuk masa depan sendiri. Aku bukan kaya raya untuk tidak bergantung kepada sesiapa, aku bukan boleh berdiri sendiri tapi kena saling membantu untuk kesenangan bersama. Oleh itu, aku tidak suka kepada wakil atau kerajaan yang hanya “ANGAN-ANGAN TAHI AYAM“.

Popularity: 6% [?]

Releven Entri :

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>