Kesan Positif Naik Minyak
Jul 3, 2008 Aktiviti, Hiburan, Nukilan
Sebenarnya banyak kesan negatif bila harga minyak naik ni.. Semua tak nak harga naik.. Aku pun tak nak.. Sbb lepas ini semua barang akan naik harga… tapi, cuba korang fikirkan kesan positif disebalik kenaikkan harga minyak ni.. hehe… Saja untuk mengembangkan idea dan sembang2…
Di sini adalah antara kebaikkan2 yang akan berlaku bila harga minyak naik:
- Mat rempit akan tidak berapa aktif
- Mat rempit tukar jadi mat basikal
- Polis2 akan tukar motor jadi basikal sebab nak save duit kerajaan.. mat rempit pon naik basikal juga..
- Kereta semua dekat Malaysia sama standard jer..tak der yang tukar enjin, tak der yg tukar2 exzos, tambah turbo sebab takut makan minyak..semua macam mula2 dapat dari kedai..hehe
- Wujud lebih banyak keluarga bahagia..bapa2 kedai kopi malas nak pergi kedai kopi.. tak ada duit nak isi tangki minyak motor, harga kopi naik, so baik lepak umah jer..
- Kos penghantaran pizza delivery akan naik.. org dah tak makan pizza, makan pisang jer..baik untuk kesihatan
- Satu ambulan boleh bawak 2, 3 pesakit..jimat minyak..sekali angkut 2,3 org..
- Polis akan pakai kereta Kancil jer.. kalau ade kereta baru pun tambah Viva jer..
- Perodua viva, savvy, kancil, myvi akan conquer highway Malaysia..
- Kedai basikal (lerun, bmx) buka lg banyak cawangan..
- Modenas akan mengeluarkan basikal dgn nama KRISSKAL
- Beca jadi fames. Same taraf dengan limo di KLIA.
- F1 akan merosot..semua team tak nak join..boikot. .Ferrari, Mc Larren semua join lumba basikal lak
- Pencemaran udara makin berkurang..tp percemaran bahasa akan bertambah sbb rakyat sibuk caci maki kerajaan..haha.. padan muka… siapa suruh pangkah xxxx..
Popularity: 12% [?]
Cari Dapatan Ke Sekolah
Jun 10, 2008 Aktiviti
Esok aku akan pergi ke sekolah untuk mengadakan exam kajian kepada beberapa sekolah untuk mendapatkan dapatan hasil daripada exam tersebut. Aku sebenarnya tidak mahukan membuat perkara ini, kerana tidak pernah aku melakukannya sebelum ini. Ini kali pertama aku menjadi “pegawas jaga exam”. Haha.. Aku bukannya tidak mahu sepenuhnya, tapi malu la.. Huhu.. Jadi, setelah berfikir panjang semalam, aku pun beri keputusan kepada rakanku yang wajib pergi itu. Kerana ini projek bawahnya. Itu yang aku 50-50 untuk pergi. Projek ini bukan milikku tapi hanya untuk melengkapkan orang yang perginya. Satu lagi, aku nak pergi kerana ada teman. Teman tu aku tak kenal. Tapi anak kepada pensyarah la.. Huhu.. Bukan perempuan tapi lelaki la.. Lau perempuan semua, aku pun tak nak pergi. Malu siot.. Huhu.. Jadi aku akan pergi selama sehari sahaja dan balik petang..Harap2 sempat untuk training squash.. Horraayyy..
Ahad akan datang ini aku akan pergi ke Petaling Jaya dan juga Sunway Piramid untuk mencari kedai Squash berjenama Prince.. Selain itu aku nak juga tengok untuk aissky untuk santapan sebentar.. Bukannya apa sahaja nak tengok2 mereka bermain. Aku tak nak bermain.. nanti berkenan aissky plak..punggah!!!.. Jadi aku akan berkeras hati untuk tidak bermain..hehe.. Selain itu, aku mahu tahu di mana Sunway Piramid sebenarnya. Sudah hampir 4 tahun aku tidak pernah pergi ke sana.. Jadi keputusan aku untuk ke sana adalah seperti yang diterangkan..ok..
Popularity: 9% [?]
Pejabat Pos Mengecawakan
May 21, 2008 Aktiviti

Hari ini agak sibuk dengan aktiviti yang berlangsung di UKM. Aku ada program seminar linguistik yang asia yang dijalankan selama dua hari. Jadi Program ini dihadiri oleh semua yang datang dari luar negara. Banyak negara yang datang untuk mempersembahkan hasil kajian yang dijalankan masing-masing. Jadi aku agak sibuk kerana menjadi tenaga penggerak program ini. Kehadiran mereka sangat dialu-alukan kerana untuk mendapatkan hasil kajian seperti mana meraka lakukan memang sukar untuk kita lakukan sebaik meraka. Mungkin ada yang lebih baik daripada kita tapi ada yang kurang baik hasilnya kepada kita. Itu tidak menjadi ukuran untuk sesuatu ilmu..
Semalam aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk menghantar bungkusan yang dipesan oleh kawanku di Sarawak. Bungkusan itu disediakan oleh rakanku yang lain. Jadi aku lebih kepada penghantar sahaja. Aku pun pergi ke Pejabat Pos tu. Jadi aku pun meminta borang penghantaran Pos Laju. Jadi setelah selesaikan semua pengisian dalam borang. Aku pun tunggu untuk giliran aku. Jadi tunggu punya tunggu sudah setengah jam sudah. Kuanter ada sampai enam. Yang macam jahanam aku sakit sakit, bukan pada kuanter tapi orang yang kerja. Kerja sorang sahaja pada hari itu. Mana yang lain. Ini yang aku tidak puas hati. Pekerja ramai tapi yang berkerja sorang sahaja. Sedih betul marah pun ada, macam hendak maki-maki pun ada. Sudah la tidak kerja seramai yang ada, inikan pula yang berkerja tu lembap la pula. Lembap betul. Seorang mengambil masa 10 minit. Bukannya buat apa pun.. Hantar surat je.. Selepas itu, masa free tu tidak panggil pelanggan. Dia buat apa entah lambat-lambat. Tak puas hati betul. Ini yang menjadi masalah kepada pekerja sekarang ini. Lebih mementingkan masa diri pada masa bekerja. Mana boleh begitu. Jika masa bekerja harus menumpukan perhatian kepada pelanggan untuk memberikan perkhidmatan.
Ini yang menjadikan sektor yang separuh kerajaan atau yang pernah berada dibawah kerajaan memang tidak mampu bersaing dengan penuh swasta. Masalah ini jika tidak mengambil berat akan ketinggalan ke belakang. Memang tidak akan mampu untuk maju kehadapan kerana mempunyai pekerja yang berdedikasi. Inikan pula seorang sahaja yang bekerja, manakala swasta selalu melakukan sesuatu perkhidmatan untuk memuaskan hati pelanggan.
Popularity: 9% [?]
Tags: Masalah


