Berita Baik Dari London

HarianMetro

KUALA LUMPUR: Wanita genius matematik, Sufiah Yusof, 23, yang terjerumus ke kancah pelacuran akhirnya bersetuju menerima pelawaan Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang) menjalani rawatan mengikut kaedah Islam untuk kembali ke pangkal jalan, sekitar Oktober depan.

Pengarah Perancangan dan Strategi Pisang, Hanafi Abdul Malek, berkata persetujuan Sufiah menemui wakil Pisang bagi mengikuti sesi kaunseling dan rawatan selepas Aidilfitri ini, membuka laluan untuk membantu wanita itu yang kini menjadi pelacur kelas atasan di kota London.

Menurutnya, Pisang sentiasa menggunakan pendekatan tidak mendesak atau memaksa yang mungkin menyebabkan Sufiah terpanggil untuk berjumpa wakil kumpulan itu sekali lagi selepas pertemuan pertama April lalu bagi menjalankan rawatan komprehensif merangkumi kaunseling dan perubatan Islam.

Katanya, Pisang akan menjalankan rawatan secara kaunseling dan rawatan berlandaskan hukum agama terhadap Sufiah iaitu dengan perubatan ruqyah menggunakan bacaan al-Quran dan doa supaya wanita berketurunan Melayu itu meninggalkan kerjaya mengaibkan itu.

“Kita menggunakan doa yang disertai kaunseling agar dapat melembutkan hati Sufiah selain memujuknya tanpa gopoh. Dia seorang wanita dewasa yang pintar, sudah tentu kita tak boleh sewenang-wenang memarahi atau mendesaknya.

“Kalau dulu dia langsung tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapa walaupun melalui e-mel, alhamdulillah dia kini sudah mula menghantar e-mel kepada kami,” katanya yang baru selesai menghadiri majlis perasmian ibu pejabat Pisang di Kota Kinabalu, semalam.

Menurutnya, Pisang juga menyediakan perkhidmatan merawat mereka yang terkena sihir, khidmat kaunseling dan bimbingan menggunakan kaedah rawatan Islam selain perkhidmatan penerbitan dan penterjemahan.

Hanafi yang juga Pengerusi Yayasan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), berkata tidak adil bagi mana-mana pihak memarahi atau menghukum Sufiah kerana setiap manusia pernah melakukan kesalahan.

Malah, katanya, Sufiah terharu dan gembira apabila pihak Pisang dan Kesatuan Melayu United Kingdom sudi membantunya secara sukarela selain sentiasa memahami situasi yang dilaluinya. 

Dalam pertemuan terakhir dengan Sufiah April lalu, wanita itu turut terharu apabila diberitahu masyarakat negara ini sentiasa mendoakan kesejahteraan dan mengikuti perkembangannya di London sejak dia diterima memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.

“Kami tidak pernah mendesak Sufiah, sebaliknya memahami masalah dihadapinya serta memberikan ruang kepadanya sehingga beliau benar-benar bersedia.

“Sufiah dapat menerima kehadiran kami kerana kami tidak pernah memarahi atau mengutuknya seperti dilakukan segelintir masyarakat tempatan yang melemparkan pelbagai tohmahan, termasuk menuduhnya tidak bermoral.

“Jadi, persetujuan Sufiah untuk bertemu kami Oktober ini menandakan beliau sudah bersedia dan satu perkembangan baik dalam usaha Pisang membantunya,” katanya.

Popularity: 14% [?]

“Jodoh”

Renungkanlah Sedalam-dalamnya

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk 

 
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

 
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti  itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.
 
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
 
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
 
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut  banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
 
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
 
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
 
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan..
“Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
Ke mana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”
 

 
“Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang  lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”
 

Popularity: 10% [?]

Umur 17 Tahun, Tetapi Ada 7 Anak Kandung

Remaja Argentina 17 Tahun Miliki Tujuh Anak Kandung Dari 3 Teman Lelaki Yang Meninggalkannya

Kes unik terjadi di Leones, Argentina. Remaja perempuan berusia 17 tahun memiliki tujuh anak kandung. Uniknya lagi, atau tragisnya, anak-anak itu memiliki tiga ayah berbeza yang saat ini tidak diketahui di mana.

Dalam salah satu fotonya, remaja tersebut Pamela Villarruel itu terlihat seperti kakak yang bangga bersama tujuh adik-adiknya. Namun, mereka bukanlah adik-adiknya, melainkan anak-anak kandungnya.
 
Tujuh anak tersebut diperolehnya dalam tiga kelahiran. Dua di antara tiga kehamilannya memang kembar tiga. Kalangan doktor menyebut kes
Pamela itu sebagai “Kelangkaan ilmu pengetahuan” . Dia melahirkan anak pertama ketika berusia 14 tahun. Kemudian, dia dua kali melahirkan bayi kembar tiga pada usia 15 tahun dan 16 tahun. “Setiap hari adalah perjuangan berat. Namun, saya tidak akan mengubahnya. Mereka adalah malaikat-malaikat kecil saya,” katanya sebagaimana dikutip sundaymirror.co.uk

Yang unik, atau tragis, tiga kehamilan itu diketahui setelah hubungan dengan tiga lelaki tersebut putus . Kini, dia tidak tahu khabar ! Adaan tiga ayah anak-anak tersebut. Dia mengakui bahawa merawat tujuh anak adalah pekerjaan melelahkan. Namun, dia merasa bahagia karena anak-anaknya sehat dan bahagia. “Saya berusaha menjadi ibu terbaik bagi mereka, semampu yang saya lakukan,” ujarnya.

Pamela adalah anak bongsu di antara enam bersaudara dari pasangan Jose dengan Magdalena. Ibu adalah seorang sister, ayahnya cacat. Mereka tinggal di Leones, sebuah kota pertanian yang jarak sekitar 480 kilometer dari ibu kota Argentina, Buenos Aires.

Popularity: 11% [?]