Aktiviti Malam #1 March 2008

Ini merupakan entri yang pertama yang dikeluarkan untuk menjadi entri dengan aktiviti harian yang menarik yang dapat saya berkongsi bersama rakan-rakan yang lain malah pembaca blog.

Hit The Beat

Program ini memang menjadi pilihan remaja kini termasuklah di dalam Universiti dan luar Universiti. Program sedemikian memang menjadi popular di kalangan mahasiswa/wi. Hit The Beat menjadi tempat pilihan saya untuk menikmati dan menilai band-band yang bertanding dalam pertandingan dalam Hit The Beat. Jadi Johan, Naib Johan dan seterusnya telahpun diberikan. Ohh..Ya.. Malam ini juga, pengadil dan Kompulan yang dijemput ialah Kid ( Bekas Kumpulan Search ) selaku pengadil dan The Times selaku jemputan persembahan tersebut. Hebatkan? Jadi saya tidak menikmati secara habis program kerana saya telah bergerak ke Mines untuk bermain bowling. Jadi yang pentingnya di sini, rakan rumah saya, bukan saudara Qaiyum, tetapi saudara AzrinBasis yang telah memenangi pemain Basis terbaik pertandingan. Seronok betul beliau.

Read the rest of this entry »

Popularity: 29% [?]

Pencarian Gadis Impian Malaysia

Malaysia DreamGirl merupakan program rancangan realiti untuk mencari peragawati terbaik di Malaysia. Program ini serupa dengan rancangan realiti di televisyen tetapi rancangan ini tidak ditanyangkan di TV malah  boleh didapati di laman webnya dan beberapa klip videonya boleh didapati menerusi rangkaian telefon bimbit 3G dan boleh tengo dekat melalui YouTube ini  dan blib.tv Program ini di akan memilih 12 peserta untuk menjalani hidup dengan cabaran sebagai model selama 10 minggu.

Program ini bakal diacarakan Sazzy Falak. Manakala barisan juri pula, Elaine Daly, penulis blog, Kenny Sia dan perunding imej, Lim Jimmy. Para juri hanya mengkritik sahaja dan penentuan terkeluarnya peserta hanya bergantung 100% pada undian sms.

Pemenang akan menerima kereta Nissan Latio 1.8Ti (A), RM10,000 kad pra-bayar Ambank NexG MasterCard, hamper Wella Profesionals bernilai RM3,000, minyak wangi Escada bernilai RM1,000, pakaian Bebe dan kasut Nose bernilai RM1,500 serta menjadi gadis gambar kulit majalah NewMan.

Popularity: 52% [?]