DARA : Adakah ianya penting? - Satu Perkongsian -

Isu ini merupakan isu yang paling jarang diperbincangkan secara terbuka. Ini mungkin disebabkan sikap masyarakat kita yang masih menganggap ia sebagai isu peribadi yang boleh mengaibkan terutama kepada golongan wanita. Walaubagaimanapun, apa yang bakal dikupas oleh penulis bukanlah perkara yang berkaitan dengan kejadian biologi seorang gadis, tetapi isu yang berkaitan dengan kesucian dan kehormatan seorang gadis. Ini kerana, selain isu sosial, ia juga berkaitan dengan salah satu institusi yang penting dalam Islam - perkahwinan. Kecenderungan penulis merenung isu ini datang dari pengalaman peribadi selama satu dekad. 

Dalam Islam, ketika memilih calon isteri, seseorang pemuda digalakkan mencari seorang gadis. Alasan yang diberikan adalah gadis lebih menghiburkan dan sama-sama belajar bergurau senda. Sedangkan seorang janda sudah mempunyai pengalaman dan memori dengan bekas suaminya dulu. Hakikat ini diperkukuhkan lagi apabila peminangan seorang gadis berbeza dengan cara peminangan seorang janda. Seorang gadis tertakluk atas nasihat dan kawalan bapanya atau walinya sementara seorang janda dianggap mampu berdikari dan membuat keputusan sendiri mengenai calon suaminya. 

Namun begitu pada dasarnya tidak ada halangan untuk seorang pemuda untuk memilih sama ada seorang gadis perawan atau seorang janda sebagai bakal isterinya dan Islam sendiri tidak meletakkan syarat kepada teruna untuk memilih gadis atau janda, Cuma digalakkan memilih gadis - dan ini adalah isu hati lelaki semata-mata. 

Dalam kehidupan realiti, bagaimanapun ada lelaki yang sangat menitikberatkan soal dara. Bagi mereka, dara menjamin kebahagian dan kepuasan. Pada hemat penulis, lelaki jenis ini tidak arif tentang kedudukan yang sebenar. Lelaki ini mementingkan nafsu dan menafsirkan dara sebagai satu kejadian biologi pada jasad seorang perempuan. Menurut sumber ilmu kesihatan, kejadian selaput daraini sangat sensitif dan mudah pecah. Kehilangan dara tidak semestinya seorang gadis itu telah melakukan hubungan jenis. Mungkin ada aspek lain seperti kemalangan atau sakit yang menyebabkan seseorang itu kehilangan dara. Pada hemat penulis, kehilangan dara dalam maksud ini tidak melibatkan kehilangan kesucian atau kehormatan seorang gadis. Oleh itu, penulis tidaklah berminat untuk memanjangkan aspek ini. Kita lebih cenderung melihat dari sudut harga diri seorang gadis. 

Terus terang kita nyatakan, isu dara dalam artikel ini maksudnya hubungan seksual sebelum perkahwinan (zina) akibat meluasnya pergaulan bebas dalam masyarakat kita. Oleh itu awal-awal lagi penulis menyatakan isu ini adalah isu sosial ;bukannya isu peribadi atau isu dikalangan wanita sahaja. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila batas pegaulan bebas di kalangan remaja dan belia kita menjadi kian longgar. Pada waktu yang sama, bagi menghadapi gejala seks sebelum nikah, sudah kedengaran di kalangan lelaki teruna bahawa ‘dara itu sudah tidak penting’. Yang penting bagi mereka ialah kasih sayang, kesetiaan, kejujuran dan hormat menghormati antara suami isteri. Lagi pun apabila seseorang gadis yang pernah terlanjur sudah bertaubat dan insaf, maka isu itu sudah tidak timbul lagi. 

Penulis percaya ramai orang bersetuju dengan hujah di atas. Oleh itu kita akan tertanya-tanya perlukah lagi soalan ‘apakah dara itu penting?’. Sekali lagi kita harus bersabar dan berfikir lebih halus dan mendalam. Pandangan di atas samalah dengan pandangan lelaki yang menafsirkan dara sebagai kejadian biologi pada perempuan. Kedua-dua pandangan itu masih bersifat peribadi. Isu sosialnya ialah apabila masyarakat (generasi muda) mula menganut idea bahawa dara itu tidak penting maka secara tidak langsung merebak pula idea seks sebelum nikah itu sesuatu yang boleh diterima. Jika idea ini dianuti secara meluas, bukan isu dara yang perlu diatasi tetapi isu zina dan pergaulan bebas. 

Dalam masyarakat barat yang bebas pergaulannya – sekurang-kurangnya seperti yang digambarkan melalui filem atau novel remaja - soal dara atau virginity sudah dianggap remeh. 

Malah sebenarnya ia dianggap sebaliknya. Dalam masyarakat kita atau masyarakat timur yang asal seseorang gadis yang tidak dara (sudah melakukan hubungan seks) dipandang rendah dan dicemuh. Lelaki teruna mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri. Ibu bapa si gadis berasa sangat malu. 

Gadis itu sendiri berasa bersalah dan berasa tertekan dan sedaya upaya menyembunyikan rahsia itu sehinggalah ke saat akhir (seperti kepada tunang atau suaminya). Tetapi masyarakat barat melihat soal dara sebaliknya. 

Sesiapa yang masih dara dianggap mentah dan naif. Seseorang gadis yang pernah melakukan hubungan seks – selalunya ketika berusia belasan tahun –dianggap matang. Gadis ini layak dianggap wanita (woman) bukan lagi anak-anak perempuan (girl). Akibatnya, seseorang gadis yang tidak mempunyai pasangan lelaki atau gagal memujuknya melakukan aktiviti seksual mengalami tekanan perasaan dan penyisihan sosial remaja. 

Secara sedar atau tidak apabila unsur budaya asing dan bahan lucah tersebar dengan bebas, masyarakat kita kini sedang menganuti idea yang sama. Tiada siapa yang tahu. Hanya sekelompok remaja dan belia yang mengetahui. Siapa tahu secara perlahan-lahan idea atau nilai generasi muda terhadap dara sudah berubah mengikut idea remaja barat? 

Secara kesimpulannya apa yang hendak disampaikan oleh penulis ialah berkenaaan runtuhnya institusi sosial kita. Remaja terutama gadis tidak lagi menghiraukan tentang kesucian diri mereka. Gejala pergaulan bebas semakin berleluasa. Pihak media pula seakan jaguh dalam memperkenalkan budaya yang tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan kita sebagai seorang Islam. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Rasanya kita semua sedia maklum.

Popularity: 16% [?]

Nyanyian Cinta Dari Penjara

Hajat terakhir itu yang dikhabarkan oleh Harian Metro yang telah memaparkan kisah lama kembali bersinar. Nyanyian yang dialunkan ini memang menjadi perbualan sudah lama dahulu. Ini menjadi persoalan yang bermain difikiran ramai orang yang meneka bahawa kejadian di sebalik lagi ini. Kebenaran mungkin boleh berlaku jika tuan punya diri masih hidup atau keluarganya memunculkan diri untuk memberi kenyataan. Banyak cerita yang didengari dari pelbagai sumber. Tapi kebanyakkannya hampir sama. Tetapi tidak sama apa yang diujarkan oleh Harian Metro dan didakwanya. Apa yang aku dengar cerita disebalik lagu ini memang terkejut juga. Cerita cinta mereka yang terlibat (sudah arwah la) belaku di utara tanah air. Kejadian ini berlaku di negeri Kedah dan berlaku di Kawasan Yan. Memang banyak “buah mulut” yang mengatakan kejadian ini berlaku di kawasan Yan.

Harian Metro mendakwa bahawa lagu ini dicipta oleh rakyat Singapore. Budak yang mengaku menulis lirik dan lagu ini bernama Ayie. Apabila aku melihat dalam Youtube aku melihat bahawa budak ini memang banyak upload lagu dalam Youtube. Mungkin sebab itu, Harian Metro menganggap Ayie ini tuan punya lagu ini. Itu belum menjadi sahih kerana tidak ada bukti. Hanya mendakwa lagu ini miliknya bukan satu tindakan yang baik. Aku pun tidak mahukan perkara ini menjadi isu pula. Bukannya apa, untuk mencari kebenaran perlu ada satu siasatan ringkas untuk mengsahihkan tentang lagu ini. Jika benar memang diciptakan oleh si arwah, Kesian dia!!!

Lagu ini memang menarik dan seronok didengar. Lagu ini menceritakan tentang perhubungan meraka bertiga. Saksikan lagu ini.

Inginku ceritakan sedikit tenteng cerita meraka ini. Lagu yang diberikan banyak, Cinta Tiga Segi, Perangkap Cinta mahupun Permintaan Terakhir. Itu tidak menjadi masalah aku, Tapi apa yang aku ingin beritahu bahawa secara ringkasnya.

Cerita ringkas

Pada mulanya pencipta lagi ini akan berkahwin dengan gadis yang dicintainya. Dalam seminggu lagi untuk melangsungkan perkahwinan, gadis ini dikatakan inginkan memutuskan tunang maka gadis ini bertekad untuk memutuskan tunang. Alasan tidak diketahui. Setelah itu, si dia ini tidak dapat menerima keadaan tersebut. Maka si dia ini menyiasat apa sebenarnaya yang berlaku. Setelah menyiasat disebalik perpisahan meraka, si dia ini mendapati bahawa gadis yang mencintainya itu sadah berpaling cintanya kepada lelaki cinta lamanya. Oleh itiu, gadis itu pun menjalinkan hubungan dengan lelaki cinta lamanya. Setelah mengetahuinya, tanpa berfikir panjang, peluang dicari setelah mengikuti pergerakan meraka berdua itu, satu tempat yang tidak ketahui, makan berlaku bergolakkan dan pergaduhan yang berakhir dengan kematian kedua-duanya. Ada juga yang mengatakan bahawa si dia ini menyatakan “Jika aku tidak dapat maka orang lain pun tidak dapat”, lalu dibunuhnya gadis tersebut. Maka berakhir peristiwa di tempat tersebut. Dengan berlaku demikian, si dia ini menyerahkan diri di Balai Polis Yan untuk diterima hukuman. Beliau telah meminta dijatuhkan hukuman mati. Sebelum dijatuhkan hukuman mati, beliau inginkan merakamkan lagi kepada gadis yang dicintainya. Lagu tersebut telah dirangka semasa beliau masih dalam penjara. Oleh itu, munculah lagu ini dalam dalam pelbagai versi dalam Youtube. Itu sahaja yang cerita yang aku dengar dari “mulut ke mulut”.

# Bersama-samalah kita sedekahkan al-fatihah kepada meraka ini. # Banyak pengajaran yang berlaku disebalik cerita ini yang boleh kita jadikan pedoman dan sempadan.

Popularity: 16% [?]

Ujian Cinta

Aduhai lelaki dan perempuan, sudah berkali-kali ucap cinta bertalu-talu dilaungkan untuk menyatakan kasih dan sayang terhadap kekasih. Namum masih tidak cukup untuk menunjukkan pembuktian kesetiaan yang sebenar dalam hubungan cinta dua insan. Sekiranya, dua insan ini mempunyai kriteria yang diimpikan tetapi bagi setiap insan ini memang memerlukan faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina. Memang tidak dinafikan, dua insan ini mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya. Tetapi yang pasti, dua insan ini akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada pasangannya itu layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.

Adakah antara dua insan ini materialistik? Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum Adam dan Hawa. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik dua insan ini, mereka akan menguji dengan cara ini:

1. Memberi hadiah murah

Reaksi insan ini: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Insan ini gagal.

 

Reaksi iInsan ini: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Insan ini lulus.

2. Mengajak menikmati hidangan yang murah

Reaksi insan ini: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Insan ini gagal.

 

Reaksi insan ini: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Insan ini lulus.

Perkara yang melemahkan perasaan insan ini apabila diuji tahap cemburu. Sesetengah golongan insan ini sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:

3. Mengenalkan kepada kamu bekas temannya.

Reaksi insan ini: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian bekas temannya itu sebaik sahaja diperkenalkan. Insan ini gagal.

 

Reaksi insan ini: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji bekas temannya itu di hadapannya. Insan ini lulus.

4. Menelefon teman lain di hadapan kamu

Reaksi insan ini: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon teman lain. Insan ini gagal.

 

Reaksi insan ini: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Insan ini lulus.

Hubungan bekas teman insan ini , rasa ingin tahu sejauh mana hubungan insan ini dengan bekas teman insan ini adalah cara insan ini mengetahui sejauh mana cinta insan ini terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini.

5. Bertanyakan khabar bekas teman

Reaksi insan ini : “Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. Insan ini gagal.

 

Reaksi Insan ini : “Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki”. Insan ini lulus.

6. Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?

Reaksi insan ini : Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. insan ini gagal.

 

Reaksi insan ini : “Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. Insan ini lulus.

Mengukur tahap kesetiaan, Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan daripada insan yang paling disayangi, insan ini akan menguji kesetiaan insan ini dengan cara berikut:

7. Pergi melancong

Reaksi insan ini : Tidak pernah menghubungi insan ini atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Insan ini gagal.

Reaksi insan ini : Menghubungi insan ini setiap masa dan saling mengotakan janji. insan ini lulus.

8. Meminta bantuan temannya untuk menggoda Insan ini

Reaksi Insan ini : Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Insan ini gagal.

Reaksi Insan ini : Menolak godaan temannya dan mengatakan Insan ini tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Insan ini lulus.

Popularity: 66% [?]