Barang Yang DiBorong Bulan Ini

Pada bulan ini, aku telah menghabiskan duit aku lebih kurang RM2000 untuk membeli barang yang dikehendaki oleh aku. Barang yang dibelikan oleh aku ini memang keperluan dan kehendak aku seudah sekian lamanya. Sudah lama aku menunggu pada saat yang sesuai untuk mengeluarkan sebilangan duit untuk membeli barang yang menjadi pilihan pada kali ini. Ada lagi pilihan yang tidak dapat dicapai pada ketika ini. Menjadi tabiat bagi semua orang untuk membeli belah untuk mendapatkan barang yang diidamkan.

Raket Squash

Barang pertama yang dibeli oleh aku adalah RAKET SQUASH. Raket ini dibeli oleh aku kerana bersesuaian dengan kegemaran baru aku dalam bidang sukan squash. Ini merupakan raket yang kedua aku beli. Raker pertama murah sahaja. Tapi kali ini aku telah menghabiskan RM300+ untuk mendapatkannya. Akhirnya aku memiliki jua barang sukan ini tanpa memikirkan keperluan lain atau berfikir dua kali. Kalau fikir dua kali, alamatnya memang tidak belilah. Sebab itu, aku beli terus tanpa fikir panjang.

hp

Barang yang kedua aku beli ini memang mahal bagi aku. Dengan harga RM1400+ aku menghabiskan taruhan untuk mendapatkannya. Barang ini merupakan Handset Sony Erikcson W890i. Ini merupakan HP aku yang paling mahal aku beli. Menyesal? Aku tidak menyesal kerana HP ini bagiku cukup untuk kegunaan harian aku. Jadi memang menjadi sifat remaja untuk memiliki HP yang sebegini atau lebih canggih.

Pensil Box

Ini barang keperluan aku untuk sesi sepanjang pengajian aku. Aku memerlukannya untuk melengkapkan semua barang berkaitan yang sudah berkecamuk dalam beg aku. Jadi aku pun beli untuk satukan semuanya.

Ini kamus-kamus yang aku untuk masa depan dan semasa aku. Disamping itu, ia membantu aku dalam sesi pengajian aku. Walaupun begitu, tidak hairanlah kegunaanya memang untuk kehidupan sebagai manusia.

Kesemua barang ini aku hampir habis RM2000+/- untuk memenuhi keperluan dan kehendak semasa aku mahupun jangka masa panjang aku. 

Popularity: 18% [?]

Cinta Seorang Suami

Based on True Story.. 

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun 

Mereka dikurniakan 4 orang anak …….disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ……… 
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun. 

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi. 

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. 
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian. 

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, 
sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian. 

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur. 

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah. 

Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing. 

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya. 

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : “Pak kami ingin sekali merawat ibu … Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.” 

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ……… 

“Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ….. 
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini… kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,” ujar anaknya yang sulung merayu. 

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya. 

“Anak-anakku. …. jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu…. mungkin bapak akan berkahwin lagi…. tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku… . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…” 
Sejenak kerongkongannya tersekat…” Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta 
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ? 

Kalian menginginkan bapak bahagia …. Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ? 

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain ……..bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ? 

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno…Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya… Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu… 

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno… 

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa? 

Ketika itu pak Suyatno pun menangis…. tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru… 

Disitulah pak suyatno bercerita… Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur…

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya …….Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya… Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik… 

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah… Dan itu merupakan ujian bagi saya. 

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit … Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya. 

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempatsaya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya…kerana DIA maha Mendengar… .

Popularity: 11% [?]

Rahsia Di Sebalik Pergerakkan Seorang Lelaki

Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita.

Mengganggukkan kepala

Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.

Mendekatkan badan

Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

Merenung

Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

Menggerakkan tangan dan badan

Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai 
bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

Suka berdiri

Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.

Memandang mata

Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.

Sensitif pada jarak

Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.

Meniru gerak

Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan

Popularity: 11% [?]