DARA : Adakah ianya penting? - Satu Perkongsian -
Aug 8, 2008 Info, Kritikan, Life, Masalah, Pendidikan
Isu ini merupakan isu yang paling jarang diperbincangkan secara terbuka. Ini mungkin disebabkan sikap masyarakat kita yang masih menganggap ia sebagai isu peribadi yang boleh mengaibkan terutama kepada golongan wanita. Walaubagaimanapun, apa yang bakal dikupas oleh penulis bukanlah perkara yang berkaitan dengan kejadian biologi seorang gadis, tetapi isu yang berkaitan dengan kesucian dan kehormatan seorang gadis. Ini kerana, selain isu sosial, ia juga berkaitan dengan salah satu institusi yang penting dalam Islam - perkahwinan. Kecenderungan penulis merenung isu ini datang dari pengalaman peribadi selama satu dekad.
Dalam Islam, ketika memilih calon isteri, seseorang pemuda digalakkan mencari seorang gadis. Alasan yang diberikan adalah gadis lebih menghiburkan dan sama-sama belajar bergurau senda. Sedangkan seorang janda sudah mempunyai pengalaman dan memori dengan bekas suaminya dulu. Hakikat ini diperkukuhkan lagi apabila peminangan seorang gadis berbeza dengan cara peminangan seorang janda. Seorang gadis tertakluk atas nasihat dan kawalan bapanya atau walinya sementara seorang janda dianggap mampu berdikari dan membuat keputusan sendiri mengenai calon suaminya.
Namun begitu pada dasarnya tidak ada halangan untuk seorang pemuda untuk memilih sama ada seorang gadis perawan atau seorang janda sebagai bakal isterinya dan Islam sendiri tidak meletakkan syarat kepada teruna untuk memilih gadis atau janda, Cuma digalakkan memilih gadis - dan ini adalah isu hati lelaki semata-mata.
Dalam kehidupan realiti, bagaimanapun ada lelaki yang sangat menitikberatkan soal dara. Bagi mereka, dara menjamin kebahagian dan kepuasan. Pada hemat penulis, lelaki jenis ini tidak arif tentang kedudukan yang sebenar. Lelaki ini mementingkan nafsu dan menafsirkan dara sebagai satu kejadian biologi pada jasad seorang perempuan. Menurut sumber ilmu kesihatan, kejadian selaput daraini sangat sensitif dan mudah pecah. Kehilangan dara tidak semestinya seorang gadis itu telah melakukan hubungan jenis. Mungkin ada aspek lain seperti kemalangan atau sakit yang menyebabkan seseorang itu kehilangan dara. Pada hemat penulis, kehilangan dara dalam maksud ini tidak melibatkan kehilangan kesucian atau kehormatan seorang gadis. Oleh itu, penulis tidaklah berminat untuk memanjangkan aspek ini. Kita lebih cenderung melihat dari sudut harga diri seorang gadis.
Terus terang kita nyatakan, isu dara dalam artikel ini maksudnya hubungan seksual sebelum perkahwinan (zina) akibat meluasnya pergaulan bebas dalam masyarakat kita. Oleh itu awal-awal lagi penulis menyatakan isu ini adalah isu sosial ;bukannya isu peribadi atau isu dikalangan wanita sahaja. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila batas pegaulan bebas di kalangan remaja dan belia kita menjadi kian longgar. Pada waktu yang sama, bagi menghadapi gejala seks sebelum nikah, sudah kedengaran di kalangan lelaki teruna bahawa ‘dara itu sudah tidak penting’. Yang penting bagi mereka ialah kasih sayang, kesetiaan, kejujuran dan hormat menghormati antara suami isteri. Lagi pun apabila seseorang gadis yang pernah terlanjur sudah bertaubat dan insaf, maka isu itu sudah tidak timbul lagi.
Penulis percaya ramai orang bersetuju dengan hujah di atas. Oleh itu kita akan tertanya-tanya perlukah lagi soalan ‘apakah dara itu penting?’. Sekali lagi kita harus bersabar dan berfikir lebih halus dan mendalam. Pandangan di atas samalah dengan pandangan lelaki yang menafsirkan dara sebagai kejadian biologi pada perempuan. Kedua-dua pandangan itu masih bersifat peribadi. Isu sosialnya ialah apabila masyarakat (generasi muda) mula menganut idea bahawa dara itu tidak penting maka secara tidak langsung merebak pula idea seks sebelum nikah itu sesuatu yang boleh diterima. Jika idea ini dianuti secara meluas, bukan isu dara yang perlu diatasi tetapi isu zina dan pergaulan bebas.
Dalam masyarakat barat yang bebas pergaulannya – sekurang-kurangnya seperti yang digambarkan melalui filem atau novel remaja - soal dara atau virginity sudah dianggap remeh.
Malah sebenarnya ia dianggap sebaliknya. Dalam masyarakat kita atau masyarakat timur yang asal seseorang gadis yang tidak dara (sudah melakukan hubungan seks) dipandang rendah dan dicemuh. Lelaki teruna mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri. Ibu bapa si gadis berasa sangat malu.
Gadis itu sendiri berasa bersalah dan berasa tertekan dan sedaya upaya menyembunyikan rahsia itu sehinggalah ke saat akhir (seperti kepada tunang atau suaminya). Tetapi masyarakat barat melihat soal dara sebaliknya.
Sesiapa yang masih dara dianggap mentah dan naif. Seseorang gadis yang pernah melakukan hubungan seks – selalunya ketika berusia belasan tahun –dianggap matang. Gadis ini layak dianggap wanita (woman) bukan lagi anak-anak perempuan (girl). Akibatnya, seseorang gadis yang tidak mempunyai pasangan lelaki atau gagal memujuknya melakukan aktiviti seksual mengalami tekanan perasaan dan penyisihan sosial remaja.
Secara sedar atau tidak apabila unsur budaya asing dan bahan lucah tersebar dengan bebas, masyarakat kita kini sedang menganuti idea yang sama. Tiada siapa yang tahu. Hanya sekelompok remaja dan belia yang mengetahui. Siapa tahu secara perlahan-lahan idea atau nilai generasi muda terhadap dara sudah berubah mengikut idea remaja barat?
Secara kesimpulannya apa yang hendak disampaikan oleh penulis ialah berkenaaan runtuhnya institusi sosial kita. Remaja terutama gadis tidak lagi menghiraukan tentang kesucian diri mereka. Gejala pergaulan bebas semakin berleluasa. Pihak media pula seakan jaguh dalam memperkenalkan budaya yang tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan kita sebagai seorang Islam. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Rasanya kita semua sedia maklum.
Popularity: 16% [?]
Berita Baik Dari London
Aug 6, 2008 Dimensi, Life, Malaysia
HarianMetro
KUALA LUMPUR: Wanita genius matematik, Sufiah Yusof, 23, yang terjerumus ke kancah pelacuran akhirnya bersetuju menerima pelawaan Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang) menjalani rawatan mengikut kaedah Islam untuk kembali ke pangkal jalan, sekitar Oktober depan.
Pengarah Perancangan dan Strategi Pisang, Hanafi Abdul Malek, berkata persetujuan Sufiah menemui wakil Pisang bagi mengikuti sesi kaunseling dan rawatan selepas Aidilfitri ini, membuka laluan untuk membantu wanita itu yang kini menjadi pelacur kelas atasan di kota London.
Menurutnya, Pisang sentiasa menggunakan pendekatan tidak mendesak atau memaksa yang mungkin menyebabkan Sufiah terpanggil untuk berjumpa wakil kumpulan itu sekali lagi selepas pertemuan pertama April lalu bagi menjalankan rawatan komprehensif merangkumi kaunseling dan perubatan Islam.
Katanya, Pisang akan menjalankan rawatan secara kaunseling dan rawatan berlandaskan hukum agama terhadap Sufiah iaitu dengan perubatan ruqyah menggunakan bacaan al-Quran dan doa supaya wanita berketurunan Melayu itu meninggalkan kerjaya mengaibkan itu.
“Kita menggunakan doa yang disertai kaunseling agar dapat melembutkan hati Sufiah selain memujuknya tanpa gopoh. Dia seorang wanita dewasa yang pintar, sudah tentu kita tak boleh sewenang-wenang memarahi atau mendesaknya.
“Kalau dulu dia langsung tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapa walaupun melalui e-mel, alhamdulillah dia kini sudah mula menghantar e-mel kepada kami,” katanya yang baru selesai menghadiri majlis perasmian ibu pejabat Pisang di Kota Kinabalu, semalam.
Menurutnya, Pisang juga menyediakan perkhidmatan merawat mereka yang terkena sihir, khidmat kaunseling dan bimbingan menggunakan kaedah rawatan Islam selain perkhidmatan penerbitan dan penterjemahan.
Hanafi yang juga Pengerusi Yayasan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), berkata tidak adil bagi mana-mana pihak memarahi atau menghukum Sufiah kerana setiap manusia pernah melakukan kesalahan.
Malah, katanya, Sufiah terharu dan gembira apabila pihak Pisang dan Kesatuan Melayu United Kingdom sudi membantunya secara sukarela selain sentiasa memahami situasi yang dilaluinya.
Dalam pertemuan terakhir dengan Sufiah April lalu, wanita itu turut terharu apabila diberitahu masyarakat negara ini sentiasa mendoakan kesejahteraan dan mengikuti perkembangannya di London sejak dia diterima memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.
“Kami tidak pernah mendesak Sufiah, sebaliknya memahami masalah dihadapinya serta memberikan ruang kepadanya sehingga beliau benar-benar bersedia.
“Sufiah dapat menerima kehadiran kami kerana kami tidak pernah memarahi atau mengutuknya seperti dilakukan segelintir masyarakat tempatan yang melemparkan pelbagai tohmahan, termasuk menuduhnya tidak bermoral.
“Jadi, persetujuan Sufiah untuk bertemu kami Oktober ini menandakan beliau sudah bersedia dan satu perkembangan baik dalam usaha Pisang membantunya,” katanya.
Popularity: 14% [?]
Barang Yang DiBorong Bulan Ini
Jul 23, 2008 Hiburan, Info, Lelaki, Life
Pada bulan ini, aku telah menghabiskan duit aku lebih kurang RM2000 untuk membeli barang yang dikehendaki oleh aku. Barang yang dibelikan oleh aku ini memang keperluan dan kehendak aku seudah sekian lamanya. Sudah lama aku menunggu pada saat yang sesuai untuk mengeluarkan sebilangan duit untuk membeli barang yang menjadi pilihan pada kali ini. Ada lagi pilihan yang tidak dapat dicapai pada ketika ini. Menjadi tabiat bagi semua orang untuk membeli belah untuk mendapatkan barang yang diidamkan.

Barang pertama yang dibeli oleh aku adalah RAKET SQUASH. Raket ini dibeli oleh aku kerana bersesuaian dengan kegemaran baru aku dalam bidang sukan squash. Ini merupakan raket yang kedua aku beli. Raker pertama murah sahaja. Tapi kali ini aku telah menghabiskan RM300+ untuk mendapatkannya. Akhirnya aku memiliki jua barang sukan ini tanpa memikirkan keperluan lain atau berfikir dua kali. Kalau fikir dua kali, alamatnya memang tidak belilah. Sebab itu, aku beli terus tanpa fikir panjang.

Barang yang kedua aku beli ini memang mahal bagi aku. Dengan harga RM1400+ aku menghabiskan taruhan untuk mendapatkannya. Barang ini merupakan Handset Sony Erikcson W890i. Ini merupakan HP aku yang paling mahal aku beli. Menyesal? Aku tidak menyesal kerana HP ini bagiku cukup untuk kegunaan harian aku. Jadi memang menjadi sifat remaja untuk memiliki HP yang sebegini atau lebih canggih.

Ini barang keperluan aku untuk sesi sepanjang pengajian aku. Aku memerlukannya untuk melengkapkan semua barang berkaitan yang sudah berkecamuk dalam beg aku. Jadi aku pun beli untuk satukan semuanya.

Ini kamus-kamus yang aku untuk masa depan dan semasa aku. Disamping itu, ia membantu aku dalam sesi pengajian aku. Walaupun begitu, tidak hairanlah kegunaanya memang untuk kehidupan sebagai manusia.
Kesemua barang ini aku hampir habis RM2000+/- untuk memenuhi keperluan dan kehendak semasa aku mahupun jangka masa panjang aku.
Popularity: 18% [?]


