DARA : Adakah ianya penting? - Satu Perkongsian -

Isu ini merupakan isu yang paling jarang diperbincangkan secara terbuka. Ini mungkin disebabkan sikap masyarakat kita yang masih menganggap ia sebagai isu peribadi yang boleh mengaibkan terutama kepada golongan wanita. Walaubagaimanapun, apa yang bakal dikupas oleh penulis bukanlah perkara yang berkaitan dengan kejadian biologi seorang gadis, tetapi isu yang berkaitan dengan kesucian dan kehormatan seorang gadis. Ini kerana, selain isu sosial, ia juga berkaitan dengan salah satu institusi yang penting dalam Islam - perkahwinan. Kecenderungan penulis merenung isu ini datang dari pengalaman peribadi selama satu dekad. 

Dalam Islam, ketika memilih calon isteri, seseorang pemuda digalakkan mencari seorang gadis. Alasan yang diberikan adalah gadis lebih menghiburkan dan sama-sama belajar bergurau senda. Sedangkan seorang janda sudah mempunyai pengalaman dan memori dengan bekas suaminya dulu. Hakikat ini diperkukuhkan lagi apabila peminangan seorang gadis berbeza dengan cara peminangan seorang janda. Seorang gadis tertakluk atas nasihat dan kawalan bapanya atau walinya sementara seorang janda dianggap mampu berdikari dan membuat keputusan sendiri mengenai calon suaminya. 

Namun begitu pada dasarnya tidak ada halangan untuk seorang pemuda untuk memilih sama ada seorang gadis perawan atau seorang janda sebagai bakal isterinya dan Islam sendiri tidak meletakkan syarat kepada teruna untuk memilih gadis atau janda, Cuma digalakkan memilih gadis - dan ini adalah isu hati lelaki semata-mata. 

Dalam kehidupan realiti, bagaimanapun ada lelaki yang sangat menitikberatkan soal dara. Bagi mereka, dara menjamin kebahagian dan kepuasan. Pada hemat penulis, lelaki jenis ini tidak arif tentang kedudukan yang sebenar. Lelaki ini mementingkan nafsu dan menafsirkan dara sebagai satu kejadian biologi pada jasad seorang perempuan. Menurut sumber ilmu kesihatan, kejadian selaput daraini sangat sensitif dan mudah pecah. Kehilangan dara tidak semestinya seorang gadis itu telah melakukan hubungan jenis. Mungkin ada aspek lain seperti kemalangan atau sakit yang menyebabkan seseorang itu kehilangan dara. Pada hemat penulis, kehilangan dara dalam maksud ini tidak melibatkan kehilangan kesucian atau kehormatan seorang gadis. Oleh itu, penulis tidaklah berminat untuk memanjangkan aspek ini. Kita lebih cenderung melihat dari sudut harga diri seorang gadis. 

Terus terang kita nyatakan, isu dara dalam artikel ini maksudnya hubungan seksual sebelum perkahwinan (zina) akibat meluasnya pergaulan bebas dalam masyarakat kita. Oleh itu awal-awal lagi penulis menyatakan isu ini adalah isu sosial ;bukannya isu peribadi atau isu dikalangan wanita sahaja. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila batas pegaulan bebas di kalangan remaja dan belia kita menjadi kian longgar. Pada waktu yang sama, bagi menghadapi gejala seks sebelum nikah, sudah kedengaran di kalangan lelaki teruna bahawa ‘dara itu sudah tidak penting’. Yang penting bagi mereka ialah kasih sayang, kesetiaan, kejujuran dan hormat menghormati antara suami isteri. Lagi pun apabila seseorang gadis yang pernah terlanjur sudah bertaubat dan insaf, maka isu itu sudah tidak timbul lagi. 

Penulis percaya ramai orang bersetuju dengan hujah di atas. Oleh itu kita akan tertanya-tanya perlukah lagi soalan ‘apakah dara itu penting?’. Sekali lagi kita harus bersabar dan berfikir lebih halus dan mendalam. Pandangan di atas samalah dengan pandangan lelaki yang menafsirkan dara sebagai kejadian biologi pada perempuan. Kedua-dua pandangan itu masih bersifat peribadi. Isu sosialnya ialah apabila masyarakat (generasi muda) mula menganut idea bahawa dara itu tidak penting maka secara tidak langsung merebak pula idea seks sebelum nikah itu sesuatu yang boleh diterima. Jika idea ini dianuti secara meluas, bukan isu dara yang perlu diatasi tetapi isu zina dan pergaulan bebas. 

Dalam masyarakat barat yang bebas pergaulannya – sekurang-kurangnya seperti yang digambarkan melalui filem atau novel remaja - soal dara atau virginity sudah dianggap remeh. 

Malah sebenarnya ia dianggap sebaliknya. Dalam masyarakat kita atau masyarakat timur yang asal seseorang gadis yang tidak dara (sudah melakukan hubungan seks) dipandang rendah dan dicemuh. Lelaki teruna mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri. Ibu bapa si gadis berasa sangat malu. 

Gadis itu sendiri berasa bersalah dan berasa tertekan dan sedaya upaya menyembunyikan rahsia itu sehinggalah ke saat akhir (seperti kepada tunang atau suaminya). Tetapi masyarakat barat melihat soal dara sebaliknya. 

Sesiapa yang masih dara dianggap mentah dan naif. Seseorang gadis yang pernah melakukan hubungan seks – selalunya ketika berusia belasan tahun –dianggap matang. Gadis ini layak dianggap wanita (woman) bukan lagi anak-anak perempuan (girl). Akibatnya, seseorang gadis yang tidak mempunyai pasangan lelaki atau gagal memujuknya melakukan aktiviti seksual mengalami tekanan perasaan dan penyisihan sosial remaja. 

Secara sedar atau tidak apabila unsur budaya asing dan bahan lucah tersebar dengan bebas, masyarakat kita kini sedang menganuti idea yang sama. Tiada siapa yang tahu. Hanya sekelompok remaja dan belia yang mengetahui. Siapa tahu secara perlahan-lahan idea atau nilai generasi muda terhadap dara sudah berubah mengikut idea remaja barat? 

Secara kesimpulannya apa yang hendak disampaikan oleh penulis ialah berkenaaan runtuhnya institusi sosial kita. Remaja terutama gadis tidak lagi menghiraukan tentang kesucian diri mereka. Gejala pergaulan bebas semakin berleluasa. Pihak media pula seakan jaguh dalam memperkenalkan budaya yang tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan kita sebagai seorang Islam. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Rasanya kita semua sedia maklum.

Popularity: 16% [?]

Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar

Mungkin anda pernah mendengar pepatah Melayu lama ini, yang berkisarkan tentang tindakan yang merugikan diri sendiri. Just because you are irritated by a mosquito while you are sleeping, you burn down the mosquito net (maksudnya - kerana marahkan seekor nyamuk ketika anda nyenyak tidur, kelambu pulak yang anda bakar).

Ye lah, bila sekor nyamuk tu terbang memalam buta, kita tension jugak kerana bunyi nyamuk itu menganggu tidur kita. Padahal, kita tidur dalam kelambu dan kelambu itulah, yang melindungi kita dari digigit oleh nyamuk tersebut. Tapi, kerana dipengaruhi rasa marah, kita gagal melihat gambaran keseluruhan dan ambil tindakan drastik, membakar kelambu, kononnya asap kelambu itu akan menghalau nyamuk tersebut.

Betul, asap akan menghalau nyamuk tersebut, tapi untuk sekejap saja. Lepas sejam dua, makin banyak pula nyamuk yang datang, mengelilingi anda yang sedang tidur, membuat bising dan mengigit anda bertalu-talu. Selang seminggu, anda disahkan menghidap demam denggi dan ditahan di wad hospital selama seminggu. Bil hospital pulak kena dekat RM4,000 lebih (sebab kena masuk darah), aduhhhh anda tepuk dahi! Kopak duit aku!!

Pepatah ini cukup popular, bagi menggambarkan keadaan di mana, disebabkan timbul suatu masalah kecil, kita ambil tindakan drastik yang terburu-buru, hingga menyebabkan kerugian kepada diri kita sendiri.

ADAKAH ANDA PUN MACAM TU JUGAK?

Sejak kenaikan harga minyak, harga beras, tarif elektrik, yuran sekolah, tambang bas anak dan barangan makanan lain, ramai orang merungut kos sara hidup mereka semakin bertambah. Suka tak suka, aku percaya, anda juga, buat keputusan sama untuk berjimat cermat, mengurangkan perbelanjaan yang anda “rasa tak perlu” dan cuba mengikat perut sementara menunggu kenaikan gaji yang tak kunjung tiba.

Malangnya, kerana rasa marah masih menebal, anda mungkin tak fikir panjang dan gagal melihat gambaran keseluruhan. Anda ambil keputusan drastik, untuk ‘menghentikan atau mengurangkan’ bayaran insurans anda. Kononnya, untuk mengurangkan beban perbelanjaan keluarga anda. Oleh kerana insurans itu nampak macam satu pembaziran, bayar pun hangus, maka anda, dengan mudah, buat tanggapan insurans itu tak penting dan menjadi perkara utama untuk dihentikan segera!

Dulu kerana petrol naik 30 sen, anda ambil insurans pun setakat bayaran minima saja, kononnya kos sara hidup dah makin mahal. Sekarang harga petrol naik lagi 78 sen, anda nak hentikan insurans anda pulak? Kononnya tak penting, membazir aje, bayar hangus, lagipun barang semua makin mahal dah!!!

Kalau anda berfikiran spt di atas, aku kasihan melihat gelagat anda. Kerana marahkan kenaikan harga minyak, insurans sendiri jadi korban. Kerana marahkan kenaikan harga barang, masa depan dan kebajikan keluarga sendiri , anda dipertaruhkan. Sanggup mendedahkan keluarga sendiri kepada risiko financial disaster (bencana kewangan). 

Padahal, insurans itulah yang melindungi kebajikan dan masa depan anda sekeluarga. Insurans itulah yang akan menyediakan income-gantian bila anda hilang sumber pendapatan akibat sakit merbahaya, ketidak-upayaan untuk bekerja atau dah meninggal dunia. Insurans itulah yang akan menanggung kesemua kos hospital yang mahal bila anda sakit teruk atau ditimpa kemalangan. 

Bila cakap pasal kebajikan dan keselamatan keluarga, semua orang akan cakap itulah perkara no:1 yang mereka utamakan. Pijak semut pun tak mati bang, masing-masing tak mahu digambarkan seperti manusia yang tak bertanggung- jawab!

Tapi, kenapa insurans yang boleh membantu anda, menunaikan tanggungjawab anda terhadap keluarga ketika anda sudah tiada, itulah yang anda tamatkan?

Kenapa insurans, satu-satunya perbelanjaan yang dapat bantu anda bila ditimpa kesusahan, anda sangat berkira nak bayar (sedangkan perbelanjaan lain pun hangus juga)?

Kenapa insurans yang umpama “KELAMBU” yang melindungi keselamatan keluarga, anda bakar secara tergesa-gesa?

Kalau aku cakap anda ni, “cakap tak serupa bikin!“, tentu anda marah! Tapi tengoklah keputusan yang anda lakukan itu, bagaimana ia memberi kesan negatif kepada perancangan kewangan anda sendiri. Anda sanggup bakar “kelambu” (insurans) anda, semata-mata nak jimat belanja?

Memanglah untuk sementara waktu ini, nampak macam jimat, kurang sikit beban perbelanjaan bulanan. Tapi dalam jangka masa panjang, tindakan ini boleh membawa kerugian kepada keluarga anda sendiri. Kita ni, semakin hari, semakin tua. Semakin tua, semakin tinggi risiko kesihatan tubuh badan kita akan terjejas.

Bila dah sakit teruk seperti kanser atau rosak buah pinggang, kita akan mula hilang keupayaan untuk bekerja. Bila badan pun dah mula tak bermaya, majikan pun tak nak simpan lama-lama. Tak produktif dan membawa beban saja pada syarikatnya. Lama-kelamaan, anda terpaksa dihentikan sebab asyik terbaring, tak mampu nak kerja.

Gaji yang dulu cukup kencang, kini dah semput, se-sen dua pun takde. Macam mana nak tanggung makan minum keluarga bila income pun dah tiada? Harga barang makin naik macam nak kiamat rasanya. Anak-anak pula mula menangis, sebab anda sendiri dah tak mampu nak menyekolahkan mereka. Hidup keluarga yang dulu bahagia, kini terpaksa meminta-minta, dalam sekelip mata!

Inilah akibatnya, tabiat kita yang suka hidup tanpa insurans. Kita hanya mendedahkan keluarga kita, kepada risiko hidup melarat dan merana. Kerana nak berjimat seringgit dua, kita bakar “kelambu” (insurans) kita, kononnya ianya satu pembaziran semata-mata. Akhirnya kita sendiri yang terpaksa tanggung kerugian di tahap bencana.

NASIHAT AKU

Ye lah, kalau ya pun anda marah dengan kenaikan harga minyak, janganlah sampai insurans yang selama ini bertugas untuk melindungi masa depan dan kebajikan keluarga, anda korbankan kononnya kerana nak jimat seringgit dua.

Bila harga barang semakin mahal-lah, kita kena pastikan kita ada perlindungan insurans yang tinggi. Sebab kos sara hidup manusia, semakin lama, semakin mahal apa! Dulu tahun 90an, nasi lemak biasa taruh telor, harganya RM1. Kini tahun 2008, harganya dah naik jadi RM2 pulak. Belum pernah dalam sejarah, kos sara hidup semakin berkurangan setiap tahun. Takkan itu pun anda tak sedar-sedar lagi?

Jadi, setiap kali anda dapat gaji, BERINGAT-INGATLAH! Pastikan anda bajetkan 10% dari gaji bulanan anda, untuk bayar insurans keluarga. Dengan membelanjakan 10% dari gaji bulanan, anda dapat melindungi 100% gaji anda dan dapat pastikan keluarga anda menerima gaji berterusan, walaupun anda sudah tiada (bab ni, rujuk aku untuk maklumat lanjut).

Kalau anda tak bajetkan 10% gaji anda untuk insurans, anda boleh kehilangan 100% gaji anda selama-lamanya dan menyebabkan keluarga sendiri hidup menderita. Jadi anda nak hilang 10% atau 100% dari gaji anda? Buat keputusan dengan bijak!

Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu pulak yang anda bakar!

Popularity: 8% [?]

Harga Minyak Naik Lagi!!!!!!!!!!!

Apa sudah jadi? Harga Minyak naik lagi!!!!!! Ini bukan naik sikit tapi banyak Oooo… RM0.78. Banyak tu. Untung la kerajaan begini.. Aku sakit hati.. Malas nak kata apa2.. Kalau ikut kata hati.. Jatuhkan BN.. Suruh Kerajaan Baru atasi masalah ini.. Kalau tidak.. Jangan jadi kerajaan..

Popularity: 13% [?]