Update

Sudah lama aku tidak meng’update laman blog aku ni. Macam sampah pula rupanya. Haha. Hari ini aku ingin sekali hendakkan blog aku ini hidup tanpa nyawa. Berilah nyawa kepadanya.. Sukar sekali jika nyawa diberikan. Memerlukan perhatian yang lebih. Tapi tidak mengapa. Aku akan teruskan perjuangan aku dalam hidupan maya aku ini. Haha. Bukannya apa, aku tidak berkesempatan untuk melakukan meng’update blog aku ini. Semakin hari semakin lemah aku dibuatnya. Ahhh. Tapi tidak mengapa. Aku akan menghiburkan kalian semua.

Harga Minya Sudah Turun

Harga minyak sudah turun. Tapi tidak banyak. Hanya lebih kurang 0.15 sen sahaja. Tapi tidak mengapa. Ini satu anjakan paradigma untuk masyarakat negara. Aku berharap penurunan ini bukan untuk memancing undi. Tapi untuk kebaikkan rakyat yang tidak berkemampuan. Itu yang diharapkan oleh semua rakyat. Bukannya apa. Penurunan sebegini memang dialu-alukan. Tapi rasa-rasanyalah tidak mengcukupi. Dan aku beranggapan bahawa “mereka” ini menurunkan harga memang untuk memancing undi. Tapi tidak mengapa sebalik bagi aku amat bergembira kerana mendapat sedikit apa yang sepatutnya menjadi hak aku. Dulu Rm3.00 untuk minyak motorsikal, untuk 1.111 liter. Tapi sekarang untuk harga yang sama, 1.176 liter. Adalah sedikit lebihnya. Harap-harap turun lagi ye!!!!!!

Rebat

Hari ini aku nak pergi rembat aku punya rebat aku. Dah lama aku tidak mempunyai habuan yang diberikan. Sudah aku kempunan duit sekarang ini. Bukannya apa. Aku kena ambik kerana kerajaan sudah bag, rembat saja la. Nak tunggu apa lagi. Inilah masanya. Lain tahun dah tak dapat lagi. Bukannya apa. Sekarang ini pula kerajaan tu, sedang kaji semula rebat ni. Baik aku ambik awal² rebat ini. Kehkehkeh!!!!!

Balik Kampung Raya Ni

Raya ini aku tidak mahukan ada masalah bas lagi. Jadi aku nak pergi tempah seat aku dahulu hari ini. Bukannya apa. Aku rasa kena tempah awal² lagi. Bukannya apa. Aku tidak mahu naik bas tambahan lagi. Walaupun harganya mahal aku t

Popularity: 6% [?]

“Jodoh”

Renungkanlah Sedalam-dalamnya

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk 

 
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

 
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti  itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.
 
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
 
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
 
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut  banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
 
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
 
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
 
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan..
“Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
Ke mana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”
 

 
“Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang  lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”
 

Popularity: 10% [?]

Kesan Positif Naik Minyak

Sebenarnya banyak kesan negatif bila harga minyak naik ni.. Semua tak nak harga naik.. Aku pun tak nak.. Sbb lepas ini semua barang akan naik harga… tapi, cuba korang fikirkan kesan positif disebalik kenaikkan harga minyak ni.. hehe… Saja untuk mengembangkan idea dan sembang2… 

Di sini adalah antara kebaikkan2 yang akan berlaku bila harga minyak naik:

  1. Mat rempit akan tidak berapa aktif 
  2. Mat rempit tukar jadi mat basikal 
  3. Polis2 akan tukar motor jadi basikal sebab nak save duit kerajaan.. mat rempit pon naik basikal juga.. 
  4. Kereta semua dekat Malaysia sama standard jer..tak der yang tukar enjin, tak der yg tukar2 exzos, tambah turbo sebab takut makan minyak..semua macam mula2 dapat dari kedai..hehe 
  5. Wujud lebih banyak keluarga bahagia..bapa2 kedai kopi malas nak pergi kedai kopi.. tak ada duit nak isi tangki minyak motor, harga kopi naik, so baik lepak umah jer..
  6. Kos penghantaran pizza delivery akan naik.. org dah tak makan pizza, makan pisang jer..baik untuk kesihatan 
  7. Satu ambulan boleh bawak 2, 3 pesakit..jimat minyak..sekali angkut 2,3 org.. 
  8. Polis akan pakai kereta Kancil jer.. kalau ade kereta baru pun tambah Viva jer.. 
  9. Perodua viva, savvy, kancil, myvi akan conquer highway Malaysia.. 
  10. Kedai basikal (lerun, bmx) buka lg banyak cawangan.. 
  11. Modenas akan mengeluarkan basikal dgn nama KRISSKAL 
  12. Beca jadi fames. Same taraf dengan limo di KLIA. 
  13. F1 akan merosot..semua team tak nak join..boikot. .Ferrari, Mc Larren semua join lumba basikal lak 
  14. Pencemaran udara makin berkurang..tp percemaran bahasa akan bertambah sbb rakyat sibuk caci maki kerajaan..haha.. padan muka… siapa suruh pangkah xxxx..

Popularity: 12% [?]