Citra Lelaki Dulu dan Kini
Apr 18, 2008 Info, Life, Malaysia
Banyak kajian telah ditulis mengenai wanita tetapi tidak banyak yang dikaji mengenai lelaki. Novel sebagai salah sebuah bahan yang boleh dijadikan bukti yang mampu menggambarkan lelaki Melayu yang boleh dijadikan rujukan yang menyamai dunia realiti. Budaya Melayu selalu menyanjungi lelaki sebagai mereka berkuasa, tempat berpaut bagi wanita, kuat, sentiasa ‘tidak bersalah’ dalam tindak tanduk, telah memberikan persepsi seolah-olah dunia ini milik lelaki. Ciri-ciri ini berjenama dalam filem-filem P. Ramli, drama-drama, novel klasik malah novel-novel popular hari ini. Jelasnya tidak wujud anjakan paradigma pada penilaian terhadap citra lelaki ini.
Gelombang modenisasi menyaksikan gerakan wanita mula berani menongkah arus. Apa yang dimaksudkan di sini ialah kaum wanita telah mula berani meyatakan hak dan perasaan tidak puas hati mereka melalui gerakan-gerakan feminisme. Apa yang mengkagumkan ialah mereka berani menyatakan suara dan hak mereka secara eksplisit. Gerakan ini boleh dikatakn bersifat sejagat dan sebagai kesan positifnya, kaum wanita telah mula mendapat perhatian sewajarnya dari kaum lelaki. Bermula dari situ, muncullah wanita profesional yang menduduki jawatan penting dan memberi sumbangan tinggi kepada pembangunan negara.
Kesan daripada gerakan ini dapat dilihat diantaranya daripada novel-novel popular yang lahir pada alaf ini. Watak-watak wanita digambarkan sebgai ‘kuat’ dan ini terbukti daripada gambaran wanita yang cekal bertarung di makamah syariah, membawa diri meninggalkan suami dengan terus menyambung pelajaran bersama anak yang masih kecil, dan berani berdepan dengan masalah dan sebagainya.
Popularity: 17% [?]



April 18th, 2008 at 6:58 pm
Anjakan paradigma perlu diwujudkan jika itu perlu..
April 18th, 2008 at 10:43 pm
Bagi saya novel percintaan berat sebelah. kebanyakannya menunjukkan lelaki melayu agak buas.
April 19th, 2008 at 12:30 am
mrozaidi boleh tukar link blog…blog saya berkeaan komputer…blog baru nak belajar ni.:)
April 19th, 2008 at 2:56 am
Boleh Je.. Nanti Saya Masukkan
April 19th, 2008 at 2:57 am
Itu La.. Ramai Yang Penulis Tu Wanita.. Kalau Lelaki Takkan Ada Cam Punyer.. Demand laki Pom La.. Haha
April 19th, 2008 at 2:58 am
Pada Lelaki Khususnya..
April 19th, 2008 at 6:03 pm
Mungkin sebab org pempuan lebih bnyak bace novel…so pngaruh novel telah membangkitkan sengat feminisme mereka
April 19th, 2008 at 6:27 pm
Itu Mungkin Jugak.. Tapi Penulis Kan Perempuan, Faham2 La.. Huhu
April 19th, 2008 at 8:41 pm
lelaki.
dah dikata semacam sangat kuat.
dia tak da berusaha meningkatkan kekuatan.
perempuan.
dikata semacam sangat lemah.
dia berusaha menjadi kuat.
usaha punya usaha.
eh… terlajak. secara tiba2 pon menjadi lebih kuat daripada lelaki. kekuatan yang bukan semulajadi. tapi dibentuk dan diperolehnya kerana peristiwa atau keadaan.
faham kah?
erk.
April 19th, 2008 at 11:07 pm
Tak Faham..