Drift UKM

Sewaktu petang, saya agak bosan untuk berada di rumah. Jadi saya telah membuat keputusan untuk pergi ke halaman UKM untuk menikmati perlawanan bola sepak antara Kolej Ibu Zain ( Kolej lama saya ni ) dengan Era FC ( Radio ERA fm ). Jadi dalam perjalanan ke sana, hati saya telah tergerak untuk saya pergi ke dataran gemilang, UKM dengan melihat ramai orang berada di sana. Saya pun pergi ke situ. Tujuan utama untuk melihat perlawanan bola sepak tidak kesampaian. Saya terus pergi ke tempat tersebut. Saya agak terkejut dengan kedengaran bunyi tayar kereta sedang meseret di jalan. Apa lagi. Itu mesti pertunjukkan kereta. Anggapan saya betul belaka. Selama saya belajar selama 4 tahun di UKM, inilah kali pertama saya dapat menikmatinya. Ini akan menjadikan hobi saya untuk memceburi bidang pengkeretaan ini. Yang lain, semuanya terlepas. Sedih betul. Jadi kali ini saya tidak melepaskan peluang untuk menikmatinya. Saya menggunakan kamera yang biasa untuk mendapatkan gambar kereta dan aksinya. Sehingga bateri sampai habis. Hanya beberapa saja yang ok. Saya agak sedih kerana tidak dapat bergambar dengan kereta Subaru Impreza STi. Kecewa !!!! Sudah lama saya menantikan waktu sebegitu. Bila ada peluang tidak kesampaian pula. Ada je masalah yang menghalang. Apakan daya.







Popularity: 64% [?]



February 18th, 2008 at 12:50 pm
Hoh.. Pegi Tak Ajak Aku. Dahla Gune Kamera Aku.. Bayar Aa. Hahaha.. Asal Takde Kete Aku Pun Kat Situ.. Diorang Bawak Pegi Manela Kete Aku..
February 18th, 2008 at 12:58 pm
Tak Nak Ajak Ko..Bukan Kereta Ko Warna Biru Tu Ke..Haahaa
February 18th, 2008 at 1:07 pm
Drift… hummm… saya, bawak kereta pun tak pandai…
February 18th, 2008 at 1:13 pm
Ye Ke Tak Pandai..Pandai Kot..Rendah La Pulak..Jangan La Cam Tu..
February 18th, 2008 at 5:10 pm
salam..
wah! nmpk sronot je drifting sumer..
penah terbuat drift tgh jln gak.. tp sbb tayar da botak..
da le dgn kete kelisa..
alhamdulillah selamat..hehe
February 18th, 2008 at 5:13 pm
Wah..Hebat La Kereta Awk Tu..Boleh La Ceburi Bidang Ni..Dah Ada Pengalaman Katakan…
February 18th, 2008 at 5:20 pm
okaay..da add link ye..
eh, tu kebetulan je..
muke da pucat da tyme tu..
so rasenye mmg tula d first n d last tyme wat drift..
skang da pencen..hehe
February 18th, 2008 at 5:24 pm
Tak Pa. Pengajaran Tu..Macam Nak Kontrol Kereta Dalam Kecemasan Tu Penting..Tak Gitu..
February 18th, 2008 at 7:22 pm
fuh..gempax tu..sempoi2…
February 18th, 2008 at 10:47 pm
Haha..Boleh La..Tapi Yang Kereta Hitam Tu Dua Kali Je Aksinya..Pas Tu Rosak Lak..Kereta Tu Best…
February 19th, 2008 at 4:16 am
best2
February 19th, 2008 at 8:44 am
serius ke tak pandai? biar bebenor ni
February 19th, 2008 at 9:41 am
hari ahad kan drift tu? sebab aku ada gak terbaca kain rentang di bangi..tp xigt date dia..
February 19th, 2008 at 12:37 pm
A’aa..Ari Ahad..Asal Tak Kontact Saya..Leh Tgk Ko Shot..Hehe
February 19th, 2008 at 12:40 pm
Dia Nak M’randah Diri Tu..
February 19th, 2008 at 12:40 pm
Yeeehah
February 19th, 2008 at 1:15 pm
oo…saya yang dok tepi UKM ni pun tak tahu…memng setiap ahad ke? jarang lalu depan UKM. Biasa ikut roundbout yang dekat seksyen 7 tuh…
dah macam-macam ada kat UKM tu yer…kalau zaman saya dulu,agak susah nak jumpa benda-benda macam ni…
tapi elok jer saya kuar…the next convo tu artis dah boleh masuk..
February 19th, 2008 at 2:47 pm
Haa..Kak Adila Dok Sebelah Mana..Kalau Sek 7, Dekat La Dengan Umah Kiotang..Haha..
February 20th, 2008 at 8:17 am
aku biasa layan tgk drift kat stadium shah alam. Kengkadang depa rajin gak buat kat situ..Aku drift guna motor bleh lah, sbb kete tak pandai bawak dan takde lesen lagi :p
February 20th, 2008 at 10:08 am
Ambil La Lesen..Nak Blaja Drift Kos Murah Je..Rm 700 Sebulan…
February 20th, 2008 at 10:52 am
seksyen 5. dulu maasa belum kawin dok kat tamn pasir emas, yang dekat dengan sksyn 7…dekat bebenor la dengan ukm…sayang nak tinggal bangi
February 20th, 2008 at 10:56 am
Ooo..Dekat Hentian Kajang La..Ooo..Cam Tu..
February 20th, 2008 at 4:18 pm
wooo, Rm700 agak mahal jugak la tu zaidi…mungkin ada yang kata…baik simpan duit untuk kaween…
February 20th, 2008 at 6:23 pm
A’aa
Rasanya, Kalau Himpun Setahun..Dah Boleh Kawein..Kan? Bagus Lak Tu..
February 24th, 2008 at 10:44 am
tk de lesen kot…
February 24th, 2008 at 11:22 am
Rasanya La..