Kerjaya dan ICT

Ledakkan ICT di negara ini membuka peluang lebih luas kepada penggiat-penggiat IT untuk mencari kerjaya dan berkerjaya. Bidang ini semakin hari semakin luas. Permintaan tinggi menjadikan bidang ini antara kursus pilihan ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam atau swasta seluruh dunia. Tidak kisah sama ada bekerja di sektor majikan atau bekerja sendiri, jaminan permintaan yang luas menjanjikan pulangan lumayan.
Definisi teknologi ialah konsep yang mempunyai lebih satu tafsiran iaitu antaranya pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan serta proses menyelesaikan masalah manusia. Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah dan institusi pengajian tinggi di negara ini ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh dimanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia dalam kehidupan harian.
Justeru, itu tidak hairan apabila graduan dalam bidang ini sentiasa menjadi pilihan majikan kerana skop pekerjaannya luas. Antara bidang kursus yang ditawarkan dalam program ICT ialah kejuruteraan komputer, perisian, bioperubatan dan grafik. Penyediaan ICT di kurikulum sekolah dan institusi pengajian tinggi boleh membantu melahirkan masyarakat celik ICT.
Bagaimanapun, bilangan lulusan dari institusi pengajian tinggi perlu seimbang dengan kehendak dan permintaan industri dan perniagaan dalam memastikan negara mempunyai sumber tenaga manusia berkemahiran dan profesional. Usaha negara mewujudkan masyarakat bermaklumat satu agenda penting dalam membantu pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat. Ia juga penting kerana peralihan ke arah masyarakat bermaklumat sangat relevan, di samping menyediakan peluang baru dalam pelbagai urusan dan aktiviti masyarakat.
Penggunaan teknologi infokomunikasi boleh menjadi penyelesai dan pemudah cara, sementara revolusi digital dan keupayaan teknologi infokomunikasi membantu mengurangkan halangan tradisional seperti ‘jarak’ dan ‘masa’. Penggunaan ICT dalam era teknologi menjadikan ia aspek wajib dalam kehidupan individu mahupun organisasi. Apabila graduan kurang mahir, ia bukan saja bakal menyulitkan kehidupan tapi menutup peluang pekerjaan yang terbuka luas.
hafifi
kemahiran sgt penting skg ni..lau x, ssh nk dpt keje..
Apr 07, 2008 @ 10:42 am
mrozaidi
Kemahiran sahaja tidak mencukupi tapi pelajaran dan pemikiran analitikal jugak penting dalam kerja..
Apr 07, 2008 @ 11:12 am
hafifi
btul..aku setuju ngan ko..bro, nak invite jadi author blog bley??klu sudi la..hehe
Apr 07, 2008 @ 12:47 pm
mrozaidi
Hoho..Boleh ke..Untuk Blog Ape?
Apr 07, 2008 @ 1:24 pm
hafifi
untuk blog mohdhafifi boleh??
Apr 07, 2008 @ 1:30 pm
zool
Luas memang luas cuma sejauh mana kita menggunakan peluangnya..
Aku pun budak IT tapi sekarang tertinggal dalam IT..
Almaklumlah keje bidang lain…
Apr 07, 2008 @ 9:34 pm
mrozaidi
Rasanya Bidang IT jugak boleh dijadikan hobi atau kerja sampingan seperti rakan yang telah membuat kerja IT sebagai penjana kewangan sampingan..
Apr 07, 2008 @ 11:58 pm
Hamdi
kebanyakkan hanya ambik it kerana suke dan minat…
apabila tiba time kerja, semua tak layak kerana suke dan minat tidak memenuhi kehendak syarikat…
mereka memerlukan seseorang yang mahir atau lebih sedap di panggil sebagai expert dalam sesuatu bidang…
ingatlah, kerja takkan menunggu kita…
Apr 08, 2008 @ 11:57 pm
mrozaidi
Carian Kerja Memerlukan Satu Usaha Yang Tidak Ada Erti Kepenatan..
Apr 09, 2008 @ 12:42 am
dfebian
best bidang ni…
Apr 09, 2008 @ 12:43 pm
mrozaidi
Lagi Best Apabila Menjadi Bidang Kerjaya…
Apr 09, 2008 @ 6:49 pm
nana
Walauapa pun kerja yang kita buat mesti bersertakan minat dan kesungguhan, jika tak ada 2 perkara ni, maka tiada rasa kepuasan dalam diri sendiri mahu pun untuk org lain berkerja dgn kita…fikir2lah sejenak…
Jul 03, 2008 @ 7:42 am