Ku Cari Damai Abadi - Pak Lah

Abadikah Pak Lah!!!

Semalam saya mendengar pembentangan, teringat saya terhadap sajak yang diciptakan oleh Pak Lah sendiri. Untuk memberikan peringatan dan mengingat semula terhadap sajak yang dinyatakan oleh Pak Lah. Sajak ini nukilan dan dibacakan pada perhimpunan Agung UMNO pada kali pertama beliau menjadi PM.

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al Ghazali,
Aku cari mana dia Al Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman,
Kita bongkar rahsia sunnah nabi,
Cari panduan,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mengcukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi,

Surat Untuk Pak Lah

Surat yang diwar-warkan oleh media massa dan akhbar malahan juga di internet (laman sesawang) daripada Mukhriz kepada Pak Lah, tiada buktinya. Hanya pada khabaran sahaja. Tiada bukti apa yang tertulis. Ini yang menjadi persoalan saya sudah sekian lama bermain-main difikiran saya. Adakah perlu menyatakan sesuatu perkara tetapi tiada bukti? Inikah demokrasi namanya. Tunjukkanlah buktinya. Jadi kerana ini menjadi pertanyaan saya maka saya ada jawapan sendiri untuk menjawab soalan saya, walaupun ada kelemahannya. Sementara saya berlegar-legar di laman-laman, saya terjumpa dengan surat yang menyediakan fotoscan dari teks asal.

Saya tidak tahu sama ada ini teks betul ke tidak, apa yang pasti, ini juga tentang mahukan Pak Lah berundur demi negara dan bangsa.

Popularity: 8% [?]

Releven Entri :

14 Responses to “Ku Cari Damai Abadi - Pak Lah”

  1. Azhar Ahmad Says:

    Bahasanya tersusun, dan indah. Halus sekali bunyinya. Saya rasa ini surat betul… Cuma mungkin ini bukan yang dihantar….


  2. syia Says:

    aiyok.. lama syia cari surat ni ..dpt gak baca kat blog ni :)


  3. Masy Says:

    dah byk kali dpt via email, heheh. tp bahasanya lembut je :)


  4. hafifi Says:

    mne ko dpt semua ni??dpt gak aku bc..


  5. fiza Says:

    surat dari pak mukhriz…. entahla… teringat balik la kt2 smone…klu dah masuk ke satu2 tempat utk jd ketua, selalu tgk ke pintu masuk tu, sebab tu la pintu keluar nanti… lainla klu ada pintu lain… kenapa org suka atau tak suka kita? kajila blk…dan ada gak org yg dah mmg giler ramai org tak suka (kroni or xkroni), tak faham2 jgk :( sengaja buat tak paham atau mmg tak paham2…


  6. mrozaidi Says:

    Itu yang bermain difikiran saya..


  7. mrozaidi Says:

    Ooo.. Ye Ke.. Terima Kasih..


  8. mrozaidi Says:

    Memang menjadi tonggakkan orang Melayu untuk menyampaikan hasrat untuk mahukan satu pengunduran.. Memang menjadi kelebihan kepada bahasa..


  9. mrozaidi Says:

    Saya ambik daripada laman sapa entah..


  10. mrozaidi Says:

    Itu Sudah menjadi semestinya.. Jika masuk “pintu” maka “pintu” itu jugalah dia akan keluar.. Tak kiralah dari mana dia masuk..


  11. Leeza Says:

    kedamaian dalam keterpaksaan …. heh heh

    sian mukriz kalau itu semua fitnah semata-mata tapi kalau benar apa salahnya … kan negara demokrasi sesiapa pun bebas untuk memberi pandangan ….


  12. mrozaidi Says:

    Ya.. Betul Tu.. Tapi Jika Pemimpin Lemah.. Kena Berundur…Kan?


  13. KiMiE Says:

    Salam..1st time masuk rumah ko ni..Emm..Pak Lah??Tak best r..Lemah gemalai je aku nengoknye..


  14. mrozaidi Says:

    Itu Yang Ditunjukkannya.. Nak Bersih Tapi Tak Kuat..


Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>