Lepas Jawatan!!! Lemahnya Pemimpin

Semakin hari semakin kuat berkumandang suruhan kepada PM untuk melepaskan jawatan. Ramai yang menyokong untuk memberikan peluang kepada PM melepaskan jawatan yang secara berhemah. Kelemahan yang dimiliki oleh PM sekarang memang menjadikan negara dan rakyatnya lemah. Ini yang tidak dimahukan oleh rakyat. Pemimpin yang lemah harus dibuang dan diminta mengundur siri dari kepemimpinan. Memang menjadi lumrah alam. Yang lemah harus diberikan peluang untuk mengundur, Hanya yang kuat dan dedikasi sahaja yang diberikan peluang untuk menjadikan dirinya membolehkan memjalankan tanggungjawab yang baik dan sempurna. Walau bagaimanapun, Dalam kelemahan yang didedahkan dan dipaparkan dalam informasi-informasi telah membuktikan bahawa kepimpinan sekarang memang lemah dan terlalu mengikut kehendak orang terdekat dan rapat. Bukannya melihat kepada suara bawahan. Apabila sudah kalah, barulah mendengar suara rakyat dan orang bawahan. Memang dasar pemimpin sekarang. Apabila berada di atas, mudah lupa diri dan bagaikan tidak mahu “pijak bumi” lagi.

Bekas pemimpin tertinggi negara yang lepas Tun Dr Mahathir, menyelar bahawa kekalahan BN ini adalah disebabkan oleh Khairy (KJ). Dia ini selalu memasuk campur urusan negara yang tiada kaitan dengannya. Apakah jawatan yang dipegang olehnya sehinggakan dia ini boleh masuk campur urusan negara. Ini bukan tugas dasarnya yang sebenar. Kalau macam itu, remaja dan orang yang tidak berkaitan dan berkaitan juga mahu masuk campur. Barulah adil. Sesiapa pun boleh masuk campur. Jika tidak mahukan orang lain masuk campur urusan negara maka jangan menggunakan alasan menantu itu untuk membolehkan urusan parti. Dimana yang lainnya yang lebih berhak untuk menentukan. Dimana hak itu? Ini membelakangkan orang yang terlibat secara langsung. KJ ini orang baru, mentah lagi dalam politik. Walaupun dia ini memiliki Master Politik luar negara, bukannya boleh guna dalam negara Malaysia. Politik yang dia ini belajar politik luar bukan politik Malaysia. Jadi pergi keluar untuk menggunakan politiknya itu, bukannya dalam negara ini. Dalam negara ini, bukan politik yang ganas seperti negara luar. Sesuka dia hendak menentukan politik Malaysia.

Dengan demikian, kesalah KJ ini sangat besar. Jadi lebih baik singkirnya dari Parti atau menyekat kekuasaannya dalam parti dan negara. Lebih baik begitu daripada budak ini memburukkan negara dan rakyat khususnya parti. Campur tangannya ono akan memberi kesan tidak boleh dimaafkan. Ini sadah melebihi had.

Dalam sejarah Parti BN juga, inilah kali pertama negeri PM kalah. Berbanding dengan PM sebelunya, negeri yang dinaungan bersama dan negeri PM tidak pernah kalah. Inikan pula P.Pinang yang dikalah dengan 90%. Hampir seratus peratus kalah. Jadi sudah semestinya PM meletakkan jawatan daripada mendapat malu akhirnya tanpa bermaruah.

Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan PAK LAH mengundur diri dan Hapuskan KJ..Haha..

Popularity: 5% [?]

Releven Entri :

4 Responses to “Lepas Jawatan!!! Lemahnya Pemimpin”

  1. hafifi Says:

    itulah, klu pemimpin lemah..mcm mn kita nk survive..

    mrozaidi-kamu telah ditag..


  2. mrozaidi Says:

    Itu Yang Menjadi Persoalannya.. Sukar Kita Nak Gambarkan Untuk Masa Depan..


  3. Hamdi Says:

    kelemahan pemimpin kita pada masa kini ialah kerana terlalu terpengaruh dengan manusia di sekelilingnya… sebagai pemimpin yang bijak, beliau seharusnya membuat keputusan yang bijak… itu baru dinamakan sebagai keputusan di tangan anda…

    KJ?? KJ ini hanya menggunakan alasan yang dia tuh menantu dan boleh mencampur segala urusan kerajaan… sungguh susah untuk meramalkan kejadiaan sedemikian ini… apa yang penting ialah pemimpin seharusnya bijak dalam memberi jawapan…


  4. mrozaidi Says:

    Jika Seorang Pemimpin itu Profesional.. Dia Tidak Akan Melibatkan Famili Dalam Kepemimpinan..


Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>