Makan Dengan Tangan
Jul 6, 2008 Info
Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.
Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya “Chersonese dan The Guilding Off” oleh Emilly Innes.
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya… ……… !
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: “Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?”
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:
“Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya dan bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya dan tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang…. ……… !!
Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.
Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu..
Popularity: 9% [?]



July 6th, 2008 at 9:36 pm
setuju dong….
fizas last blog post..Lepaskan Matahari : Bahagian Dua
July 7th, 2008 at 8:35 am
Betul sgt..saya bersetuju
July 7th, 2008 at 8:46 am
Betul tu..
Masing2 ada budaya tersendiri…
zools last blog post..Cinta boleh dijual
July 7th, 2008 at 10:21 am
#Fiza > Setuju Apa? Bagaimana Setujunya?
#Kujie > Yehaah
#Zool > Budaya Itu Memang Menarik Dan Memberi “Jalan” Untuk Menjadi Lebih Baik Tingkah Laku Disamping Petunjuk Dari Agama..
July 7th, 2008 at 6:14 pm
yerla…stujula, mkn ngan tangan tak rasa was2 kebersihan… lagipon rasulullah pon ajar adab2 mkn tu… erm…cantek gak ek wajah baru ini…
fizas last blog post..Fiza windu pada Piza
July 8th, 2008 at 11:25 am
#FIza > Boleh La.. Tapi Cantik Belum Memuaskan..
July 8th, 2008 at 2:44 pm
yg nyata makan dgn tgn bg kita org melayu bukanlah satu budaya…
chots last blog post..hampeh…
July 8th, 2008 at 7:45 pm
#Chot > Kenapa Lak Bukan Budaya.. Mungkin Bukan Lagi Masa Sekarang.. Dan Zaman Seterusnya. Kan?
July 9th, 2008 at 1:19 pm
aku masih lagi makan gunakan tangan walaupun di kedai makan..nikmatnya hanya aku sahaja yang tahu
framestones last blog post..Dr. Backbone Product