Nyanyian Cinta Dari Penjara
May 25, 2008 Info, Kritikan, Life, Semasa

Hajat terakhir itu yang dikhabarkan oleh Harian Metro yang telah memaparkan kisah lama kembali bersinar. Nyanyian yang dialunkan ini memang menjadi perbualan sudah lama dahulu. Ini menjadi persoalan yang bermain difikiran ramai orang yang meneka bahawa kejadian di sebalik lagi ini. Kebenaran mungkin boleh berlaku jika tuan punya diri masih hidup atau keluarganya memunculkan diri untuk memberi kenyataan. Banyak cerita yang didengari dari pelbagai sumber. Tapi kebanyakkannya hampir sama. Tetapi tidak sama apa yang diujarkan oleh Harian Metro dan didakwanya. Apa yang aku dengar cerita disebalik lagu ini memang terkejut juga. Cerita cinta mereka yang terlibat (sudah arwah la) belaku di utara tanah air. Kejadian ini berlaku di negeri Kedah dan berlaku di Kawasan Yan. Memang banyak “buah mulut” yang mengatakan kejadian ini berlaku di kawasan Yan.
Harian Metro mendakwa bahawa lagu ini dicipta oleh rakyat Singapore. Budak yang mengaku menulis lirik dan lagu ini bernama Ayie. Apabila aku melihat dalam Youtube aku melihat bahawa budak ini memang banyak upload lagu dalam Youtube. Mungkin sebab itu, Harian Metro menganggap Ayie ini tuan punya lagu ini. Itu belum menjadi sahih kerana tidak ada bukti. Hanya mendakwa lagu ini miliknya bukan satu tindakan yang baik. Aku pun tidak mahukan perkara ini menjadi isu pula. Bukannya apa, untuk mencari kebenaran perlu ada satu siasatan ringkas untuk mengsahihkan tentang lagu ini. Jika benar memang diciptakan oleh si arwah, Kesian dia!!!
Lagu ini memang menarik dan seronok didengar. Lagu ini menceritakan tentang perhubungan meraka bertiga. Saksikan lagu ini.
Inginku ceritakan sedikit tenteng cerita meraka ini. Lagu yang diberikan banyak, Cinta Tiga Segi, Perangkap Cinta mahupun Permintaan Terakhir. Itu tidak menjadi masalah aku, Tapi apa yang aku ingin beritahu bahawa secara ringkasnya.
Cerita ringkas
Pada mulanya pencipta lagi ini akan berkahwin dengan gadis yang dicintainya. Dalam seminggu lagi untuk melangsungkan perkahwinan, gadis ini dikatakan inginkan memutuskan tunang maka gadis ini bertekad untuk memutuskan tunang. Alasan tidak diketahui. Setelah itu, si dia ini tidak dapat menerima keadaan tersebut. Maka si dia ini menyiasat apa sebenarnaya yang berlaku. Setelah menyiasat disebalik perpisahan meraka, si dia ini mendapati bahawa gadis yang mencintainya itu sadah berpaling cintanya kepada lelaki cinta lamanya. Oleh itiu, gadis itu pun menjalinkan hubungan dengan lelaki cinta lamanya. Setelah mengetahuinya, tanpa berfikir panjang, peluang dicari setelah mengikuti pergerakan meraka berdua itu, satu tempat yang tidak ketahui, makan berlaku bergolakkan dan pergaduhan yang berakhir dengan kematian kedua-duanya. Ada juga yang mengatakan bahawa si dia ini menyatakan “Jika aku tidak dapat maka orang lain pun tidak dapat”, lalu dibunuhnya gadis tersebut. Maka berakhir peristiwa di tempat tersebut. Dengan berlaku demikian, si dia ini menyerahkan diri di Balai Polis Yan untuk diterima hukuman. Beliau telah meminta dijatuhkan hukuman mati. Sebelum dijatuhkan hukuman mati, beliau inginkan merakamkan lagi kepada gadis yang dicintainya. Lagu tersebut telah dirangka semasa beliau masih dalam penjara. Oleh itu, munculah lagu ini dalam dalam pelbagai versi dalam Youtube. Itu sahaja yang cerita yang aku dengar dari “mulut ke mulut”.
# Bersama-samalah kita sedekahkan al-fatihah kepada meraka ini. # Banyak pengajaran yang berlaku disebalik cerita ini yang boleh kita jadikan pedoman dan sempadan.
Popularity: 16% [?]



May 25th, 2008 at 6:34 pm
Bukan kisah ni dah lama ke bro?
CypherHackzs last blog post..Hari Pertama di CyberSecurity Malaysia
May 28th, 2008 at 3:00 pm
Ala.. Kat Ofis Ni Takde Speaker.. Takleh Dengar. Huhu..
May 28th, 2008 at 6:30 pm
salam tak pernah dgr lagu dia nih
arsailis last blog post..
May 29th, 2008 at 12:36 am
#Qaiyum > Haha.. Curi La Speaker Sapa2 Kat Ofis Tu.. Hehe..
@Arsaili > Ooo.. Ye Ke.. Dah Agak Lama Jugak Lagu Ni Keluar..
mrozaidis last blog post..Nyanyian Cinta Dari Penjara
May 29th, 2008 at 11:53 am
member ada bg kt aku dgr lagu ni dulu… tak tau betui ke tak citer ni… tp lagu ni mmg best. cuma klu betui, itu la mslh dlm cinta kepada manusia… susah nk kawal nafsu, sedih, dendam bila kecewa… semua ada…. ya Allah, kawalla hatiku…. kalau cintakan manusia kerana Allah, insyaAllah… sedih atau gembira… redha atas ketetapanNya… Sekian… Cepatla update kisah baru
hehehe
fizas last blog post..Selembar Benang
May 29th, 2008 at 12:55 pm
haa..aku penah dgr lagu nie..ok la..best gak..tp dah lama kan lagu nie..ade yg kata lagu ni lagu org yg budak nie nyanyikan balik dlm penjara..
irdzras last blog post..Design Review
May 29th, 2008 at 3:17 pm
#Fiza > Akan aku update benda baru.. haha.. Itu lah masalah pompuan.. Bila lelaki sanga suka dia, dia cari lain la, kembali kpd laki lama la.. mcam2 lagi.. pening betul dgn mereka ni..
May 29th, 2008 at 5:22 pm
hehehe… emo nampak? heheeh…. awat ni. bukan masalah perempuanla… kan takdir semua tu… tp lelaki ke pompoan ke… insyaAllah kalau jatuh cinta kerana budi bahasa dan kerana Allah… panjangla jodoh mereka… Jangan emo2 ek, aku perempuan tau. hehee.. so aku nk reply komen ni la
Jangan marah… Hehehe… Bagus2 dh hapdet 
May 30th, 2008 at 10:27 am
#Fiza > Bukan aku emo… Ini mengikut perkembangan semasa dan kejadian ini berlaku.. bukan senang nak mencari cinta sejati (WING)
June 28th, 2008 at 11:28 am
****peace_az****ucapan takziah untuk mereka yang terlibat..sedih betul lah cerita tu….
ambilah itu sebagai pengajaran dalam hidup setiap manusia…..senyum selalu…
June 29th, 2008 at 4:11 pm
TAKZIAH DENGAN PERMEGIAN MEREKA..SETIAP MANUSIA MELAKAKUKAN KESILAPAN YANG BESAR..YANG PENTING KITA MENGAWAL NAFSU DEMDEM,DENGKI SESAMA ISLAM..JODOH MANUSIA SUME NYER DI TANGAN TUHAN..KITE HANYA MAMPU MERANCANG..KITE REDA DAN TAWAKAL JE..APA YG MAMPU KITE BWT SEMBAYANG DAN BERDOA KEPADA TUHAN..KITE SESAMA DOA KAN ROH MEREKA TENANG..
July 19th, 2008 at 10:28 am
ini cerita memang dilakukan oleh org2 yg punya pikiran PENDEK.