Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.
TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of HumanSciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.
Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian – tidur ayam dan tidur lelap.Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.
Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk
memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.
Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktutidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.
Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Tunaikan solat Isya’ sebelum tidur.
3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.
4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.
Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor
dari China – Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.
Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.
Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud :
” Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )
IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN.
Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao,Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti ‘berzikir’ dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka
berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antanra agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao,Confusies dan Sikh.
PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.
Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : ” The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep.”
Maksudnya ” Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur.”
“The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night.” - Longfellow
Maksudnya ” Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. “
Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.
Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.
Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat penting dalam
memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini.
Tahukah kamu apakah alam semesta itu? Ia adalah ruang yang tidak terbatas dan dia mempunyai segala-galanya, bumi, matahari, bulan, planet-planet dan bintang-bintang. Walaupun kamu berjalan berjuta-juta batu kamu tidak akan dapat sampai ke penghujung ruang ini, sebaliknya kamu akan sampai ke titik permulaannya. Puncanya ialah kerana angkasa ini terlalu luas untuk digambarkan.
Bumi wujud di dalam ruang yang tidak terbatas ini. Bersama dengan bumi, matahari, bulan, dan berjuta-juta bintang juga wujud bersama.
Jadi bagaimana semua benda-benda ini terbentuk?
 .ünyam
|
Contohnya, bagaimana matahari boleh tercipta? Atau bagaimana bumi kita muncul?
Ada dua bentuk respons kepada soalan ini. Salah satu daripada respons-respons ini adalah benar dan yang satu lagi salah. Mereka yang memberikan respons yang salah hanya mempercayai teori evolusi. Di dalam halaman berikutnya, kami akan menunjukkan kepada kamu respons yang salah terlebih dahulu dan kemudian respons yang benar pula.
RESPONS YANG SALAH
Mereka yang memberikan respons yang salah menyatakan: Alam semesta ini telah sedia ada dan ia muncul dengan sendirinya. Iaitu, berbagai bahan telah berkumpul dengan sendirinya secara kebetulan dan membentuk matahari, bintang-bintang, bumi, lautan, pokok-pokok, sungai-sungai dan bukit bukau.
Apakah kamu fikir pandangan ini tidak logik? Jika seorang sahabat kamu datang dan memberitahu kamu: “Saya telah memasukkan sedikit tanah, batu-batu, dan sedikit air ke dalam sebuah kotak besar. Saya menanti selama beberapa tahun dan kemudian sebuah komputer telah muncul dari kotak ini.” Apakah kamu akan mempercayainya? Kamu mungkin menyangkakan sahabat kamu ini hanya bergurau, berbohong atau gila.
Para Penyokong Evolusi secara terbuka menceritakan kisah panjang seperti ini. Sebuah komputer tidak dapat muncul dengan sendirinya hasil daripada kebetulan. Pertama, seseorang akan merancang bagaimana bentuk komputer ini, dan memilih komponen mana yang perlu digunakan. Kemudian di dalam kilang-kilang besar, jurutera-jurutera, juruteknik-juruteknik dan pekerja berkumpul. Kemudian mereka menggunakan mesin yang besar untuk membentuk komputer tersebut. Oleh itu, apabila kamu melihat sebuah komputer kamu akan tahu ia tidak terbentuk dengan sendirinya. Bukankah lebih wajar jika dikatakan manusia yang bijak telah membuat komputer?
Matahari, bumi dan tumbuh-tumbuhan adalah lebih besar daripada sebuah komputer. Oleh itu, jika ada orang yang membuat komputer, tentu ada satu kuasa yang mencipta matahari, bumi, bulan dan bintang-bintang.
RESPONS YANG BETUL
Apakah anda mengerti apakah yang dimaksudkan dengan respons yang baik itu? Allah adalah Pencipta kepada matahari, bumi, planet-planet dan bintang-bintang. Segala-galanya di dalam alam ini begitu sempurna dan teratur. Kerana Allah mencipta alam ini, dan Dia telah meletakkan segala sesuatu pada tempatnya.
BAGAIMANA ALLAH MENCIPTA ALAM SEMESTA INI?
Para pakar sains telah melakukan satu penemuan penting pada tahun-tahun mutakhir ini. Penemuan penting itu ialah sebelum alam ini terbentuk, tidak wujud benda lain. Tiada tanah, udara, air, dan tiada bintang-bintang; malah tiada ruang. Di dalam kekosongan ini, terdapat satu titik kecil. Titik ini terlalu kecil sehinggakan sukar untuk mata kita melihatnya. Berbagai bahan telah dimampatkan bersama di dalam titik kecil ini. Kemudian, pada satu ketika titik ini meletup. Apabila ia meletup, semua bahan yang termampat di dalamnya telah berselerakan. Selepas itu, pecahan-pecahan bahan ini akan bergabung untuk membentuk atom-atom yang pertama, kemudian daripada atom-atom ini, bintang-bintang, matahari, bumi dan planet-planet lain. Pakar sains menamakan letupan ini “Big Bang”. Semua yang terdapat di dalam alam semula jadi ini adalah hasil daripada Big Bang ini.
Di sini kamu perlu memikirkan sesuatu yang sangat penting. Bayangkan sekiranya kamu memasukkan pecahan-pecahan satu teka jigsaw (puzzle) ke dalam sebuah belon secara rawak. Selepas itu, kamu masukkan udara dan kemudian secara tiba-tiba pecahkannya. Seolah-olah belon tersebut telah “meletup”. Apa berlaku kepada pecahan-pecahan jigsaw yang kamu masukkan ke dalam belon tersebut? Bolehkah pecahan-pecahan ini membentuk sebuah vila atau sebuah lapangan terbang – sesuatu yang kamu sendiri tidak dapat lakukan – di dalam bilik kamu? Atau adakah ia akan berselerak di serata bilik kamu? Sudah tentu, ia akan berselerak di dalam bilik kamu. Kamu perlu menyusun pecahan-pecahan jigsaw tersebut untuk membentuk sebuah lapangan terbang atau sebuah rumah.
Allah adalah Pencipta kepada “Big Bang” ini, Pengatur kepada bahan-bahan yang berselerakan di angkasa selepas “Big Bang”. Dengan mengumpulkan bahan-bahan ini, dia juga adalah Pencipta matahari, bumi, planet-planet dan bintang-bintang. Apabila Allah menghendaki sesuatu Dia hanya berkata “Jadi” maka jadilah ia. Allah Yang Maha Besar dan Dia Yang Paling Perkasa. Kekuatannya mampu melakukan apa sahaja. Apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia dapat menciptanya sekelip mata.
Allah telah menurunkan kepada kita kitab-Nya “Al-Quran” di mana Dia telah menerangkan tentang diri-Nya dan ciptaan-Nya kepada kita. Kita dapat mencari jawapan yang betul kepada setiap soalan daripada Al-Quran dan As-Sunnah (cara hidup Nabi Muhammad SAW). Sebagai contoh, apabila kita bertanya, “Bagaimana Allah mencipta segala-galanya?” Allah membalas di dalam Al-Quran dengan berkata:
(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. (Surah Al-An’am: 101)
ALLAH MENJADIKAN BUMI UNTUK KITA
Allah telah mencipta bumi, matahari, bintang-bintang dan bulan. Jadi bagaimana semua hidupan di bumi ini muncul? Bayangkan sebuah planet gergasi dengan permukaan yang sama sekali kosong. Tiada manusia atau binatang, tiada tumbuh-tumbuhan atau serangga.
Bumi telah dihiaskan dengan begitu terperinci untuk membolehkan hidupan hidup. Allah telah memberikan semua perincian ini. Jika tidak, tiada seorang pun yang dapat hidup, sama ada kamu, ibu bapa kamu, atau kawan-kawan kamu.
|
“Dia (Allah) adalah Pencipta langit dan bumi…” (Surah Asy-Syura:11)
|
Mari kita kaji bagaimana Allah menjadikan bumi ini untuk membolehkan hidupan hidup:
. Fikirkan… betapa tersusunnya segala benda di alam ini. Matahari telah diletakkan pada tempat di mana ia dapat memanaskan kita dan pada masa yang sama memberikan cahaya kepada kita. Sekiranya tiada matahari, pasti tidak ada sebarang hidupan di muka bumi ini. Sama ada kita, tidak juga haiwan-haiwan atau sebarang makhluk lain tidak mungkin dapat hidup.
Allah juga telah menjarakkan matahari daripada kita pada jarak yang tepat. Sekiranya bumi hanya sedikit hampir kepada matahari, kepanasannya pasti akan membakar bumi dan kita pasti tidak dapat hidup. Jika bumi ini hanya sedikit jauh daripada matahari, glasier pasti akan meliputinya dan sekali lagi, hanya sebahagian hidupan dapat hidup. Kerana itulah tidak terdapat hidupan di planet-planet lain, kerana sama ada ia terlalu rapat atau terlalu jauh daripadanya.
Sebagaimana yang telah kamu ketahui, hidupan perlu bernafas untuk hidup. Kita memerlukan oksigen di udara untuk membolehkan kita bernafas. Kadar oksigen yang tepat di dalam udara diperlukan untuk membolehkan manusia bernafas. Sekiranya ia hanya sedikit terlebih atau terkurang, sama ada kita, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan tidak akan dapat hidup, kerana, seperti yang kita katakan sebentar tadi, kita perlu bernafas untuk hidup. Kerana itu, kita memerlukan oksigen.
Salah satu benda paling penting yang membolehkan kita hidup ialah air. Tiada organisma dapat hidup tanpa air. Kerana itu, Allah telah menjadikan sebahagian besar bumi ini sebagai air. Satu pertiga permukaan bumi dipenuhi air. Bagaimanapun, tidak terdapat air di planet-planet lain atau di bulan yang kamu lihat pada waktu malam. Keperluan asas hidupan hanya terdapat di bumi.
Banyak kejadian di bumi membolehkan kita hidup. Jika hanya satu daripada kejadian-kejadian ini tidak berlaku, tiada hidupan dapat selamat di bumi. Jadi, adakah mungkin beribu kejadian-kejadian ini telah berlaku secara spontan dan berlaku di tempat seperti bumi? Sudah tentu tidak. Tidak mungkin kejadian-kejadian ini berlaku secara kebetulan. Allah telah menjadikan bumi ini untuk manusia. Kerana itu, bumi adalah tempat paling sesuai untuk kita.
Kamu boleh memberikan contoh berikut kepada mereka yang mendakwa bumi ini dan seluruh cakerawala ini telah terbentuk secara kebetulan. Katakanlah kamu sedang bermain-main di pantai dan kamu melihat ombak besar menghampiri, jadi kamu pulang ke rumah. Apabila kamu kembali ke pantai beberapa jam kemudian, kamu melihat tanda yang hebat. Di pantai kamu melihat terdapat sebuah bandar terbentuk daripada pasir. Terdapat rumah-rumah, hospital-hospital, sebuah lapangan terbang dan bas-bas. Malah terdapat sejumlah manusia. Kamu bertanya kepada seorang sahabat yang melalui tempat tersebut sama ada dia mengetahui bagaimana semua ini berlaku. Sekiranya dia menjawab, “Saya rasa ombak besar yang sampai ke pantai ini telah membentuknya”, apa yang akan kamu fikirkan? Tidakkah kamu akan mengesyaki kawan kamu itu hanya berimaginasi, atau mungkin kamu akan ketawa memikirkan dia mungkin hanya bergurau atau gila?
  Apakah Kamu Fikir Ini Mungkin Berlaku?
Kamu sedang bermain di tepi pantai dan, tiba-tiba, ombak besar datang. Oleh itu, kamu pulang ke rumah dengan segera. Apabila kamu kembali ke pantai beberapa jam kemudian, kamu melihat satu petanda yang menakjubkan. Terdapat sebuah istana pasir yang indah di pantai. Tidak mungkin ombak-ombak besar itu telah membentuknya “secara kebetulan”. Tidak mungkin sebuah bangunan cantik dan rapi dapat terbentuk secara kebetulan, dan dengan cara yang sama juga adalah mustahil hidupan dapat muncul di bumi ini secara kebetulan.
|
Adalah mustahil untuk ombak-ombak ini membentuk sebuah bandar yang sempurna daripada pasir secara tidak sengaja. Adalah tidak masuk akal sesiapa yang mahir dalam membina bandar seperti itu telah datang, membinanya dan kemudian meninggalkannya.
Bagaimanapun, sebahagian manusia – walaupun mereka terdiri daripada profesor atau pakar sains – telah menerima idea karut ini. Mereka tidak akan menyatakan, “Ombak telah membentuk bandar pasir tersebut”, tetapi mereka akan menyatakan, “Pecahan kecil benda, yang dinamakan sebagai atom, telah berkumpul secara kebetulan dan ia membentuk matahari, bintang-bintang dan bumi, segalanya dilakukan dengan sendirinya”. Kerana mereka tidak mahu mengakui Allah telah mencipta segalanya. Mereka mempertahankan yang salah tanpa mempercayai yang benar. Kami akan menerangkan siapa mereka dengan lebih terperinci di akhir buku ini.
PERISAI PELINDUNGAN DI SEKELILING BUMI: ATMOSFERA

Meteor dan batu-batu yang pecah dari planet-planet atau sisa jisim daripada bintang-bintang. Ia berterbangan di angkasa, dan dari masa ke semasa jatuh ke permukaan planet menyebabkan kerosakan yang teruk. Tetapi kerana Allah telah menyaluti planet kita dengan satu perisai perlindungan, ia tidak menjejaskan kita. |
Tahukah anda setiap hari banyak meteor jatuh ke bumi?
Apabila meteor-meteor jatuh di planet-planet lain, ia membentuk kawah-kawah gergasi, tetapi apabila ia jatuh ke bumi, ia tidak menjejaskannya.
Jadi bagaimana meteor-meteor yang menyebabkan kerosakan yang teruk kepada permukaan planet-planet lain tetapi tidak memberi apa-apa kesan kepada bumi?

Atmosfera mengelilingi bumi sebagai perisai keselamatan. Terima kasih kepada atmosfera, kita terpelihara daripada banyak ancaman tanpa kita sedari. |
Ia disebabkan oleh atmosfera yang mengelilingi bumi. Atmosfera mengelilingi planet kita sebagai perisai perlindungan. Sebuah meteor memasuki atmosfera menyusut melalui pembakaran. Apabila ia menghampiri permukaan bumi, ia menjadi semakin kecil. Oleh itu, meteor tersebut menjadi sangat kecil atau berkurangan dan hilang sepenuhnya apabila ia mencecah permukaan bumi, dan tidak memudaratkan kita.
Atmosfera ini tidak hanya melindungi kita daripada meteor tetapi ia juga menyerap sinaran berbahaya daripada matahari. Sekali lagi, sekiranya sinaran berbahaya ini dapat mencecah permukaan bumi, mustahil bagi hidupan untuk selamat.
Dua ciri yang kami sebutkan di sini adalah lebih daripada cukup untuk menunjukkan kepada kita atmosfera bukan benda sebarangan. Allah telah menjadikan atmosfera, dan dengan atmosfera ini Dia melindungi kita daripada bahaya.
ADAKAH ATOM DAPAT BERFIKIR?
Seperti yang dijelaskan terdahulu, selepas berlaku Big Bang, unsur-unsur telah bercantum sebagai ATOM. Tahukah anda apa itu atom?
Biar kami terangkan kepada kamu apa itu atom. Kita boleh samakan atom ini dengan guli. Tetapi guli ini terlalu kecil, yang belum pernah kamu lihat sebelum ini.
Sekarang lihat sekeliling kamu! Semua yang kamu lihat di dalam realiti dibuat daripada guli-guli, yang dinamakan atom. Kerusi tempat kamu sedang duduk, buku di tangan kamu, emak kamu, cikgu kamu di sekolah, televisyen yang kamu tontoni, buah apel, tembikai, dan coklat di dapur, binatang peliharaan kamu, air, bunga-bunga di taman kamu, barang permainan kamu, dan malah tubuh badan kamu, semuanya terbentuk daripada atom. Seperti yang telah kami terangkan sebelum ini, bintang-bintang dan matahari yang membentuk cakerawala dan dunia yang kita huni kini juga terbentuk daripada atom seperti kamu. Di semua tempat yang kamu pergi dan setiap selekoh yang kamu belok, terdapat atom.
Kamu tidak dapat melihat benda kecil yang kita namakan atom ini, kerana ia lebih kecil daripada apa yang kamu bayangkan. Ia terlalu kecil sehinggakan dengan menggunakan mikroskop yang paling besar pun tidak akan dapat melihat walau satu daripadanya. Untuk memahami betapa kecilnya atom ini, perhatikan contoh ini:
Bayangkan kamu mempunyai kunci di dalam tangan kamu. Sudah pasti kamu tidak dapat melihat atom-atom yang membentuk kunci ini. Jika kamu katakan, “Saya mesti melihat atom-atom ini”, kamu perlu membayangkan kunci tersebut sebesar bumi. Jika kamu dapat mengambarkan kunci tersebut sebesar bumi ini semua atom-atom di dalamnya akan menjadi sebesar buah ceri dan kamu akan dapat melihatnya.
Jadi, bagaimana semua atom-atom ini bercantum selepas Big Bang? Atom-atom ini tidak hidup. Mereka tidak mempunyai minda atau kebijaksanaan. Mereka tidak dapat membuat sebarang keputusan. Mereka tidak dapat berkata, sebagai contoh, “Mari sini, mari kita bergabung dan membentuk sebutir bintang” atau “Mari mendekati ku dan membentuk bumi”. Kita juga boleh membuat contoh seperti berikut: Kami telah menjelaskan tentang jigsaw. Ceraian jigsaw ini tidak hidup, dan seperti juga atom, mereka tidak dapat membuat sebarang keputusan. Jika kamu selerakkannya, ia tidak dapat berfikir seperti “Mari kita bercantum dan membentuk sebuah istana atau seorang manusia!”
Mari kita berfikir: “Bagaimana semua bintang-bintang, planet-planet, manusia dan haiwan-haiwan yang terbentuk daripada atom-atom ini dapat terhasil? Jika atom-atom tidak membuat keputusan ini, jadi siapa yang mencantumkan mereka?”







Sudah tentu, setiap benda di keliling kita tidak dapat terjadi secara kebetulan. Allah telah menyatukan atom-atom ini. Allah telah membentuk angkasa luas ini, planet-planet, bintang-bintang, bumi, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manusia daripada atom.
BAGAIMANA MANUSIA TERBENTUK DARIPADA ATOM?
Kami telah sebutkan bahawa atom-atom telah bercantum untuk membentuk manusia, tetapi, sudah tentu, kamu tertanya-tanya bagaimana ia berlaku. Pertama, atom-atom bergabung untuk membentuk SEL. Sekali lagi, kita mempelajari sesuatu yang baru: Apakah sel?
Badan semua organisma hidup terbentuk daripada sel-sel. Walaupun, sel ini tidak sekecil atom tetapi kamu tidak dapat melihatnya dengan mata kasar kamu. Kami akan cuba menjelaskan saiznya yang kecil ini dengan contoh berikut: Jika kita kumpulkan kira-kira 10,000 sel, kita hanya dapat membentuk saiz sebesar kepala pin. Kerana itulah kamu tidak dapat melihatnya. Tetapi sel adalah blok binaan manusia, semut, kucing, bunga ros, pokok, dan semua organisma-organisma hidup si sekeliling kamu. Kamu, contohnya, terbentuk daripada bertrilion sel. Jadi, dari manakah semua bertrilion sel ini datang?
Lihat adik kamu. Dia tiada dua tahun dahulu, kemudian tiba-tiba dia muncul dan perlahan-lahan dia membesar. Bagaimana kejadian ajaib ini berlaku?
Adik kamu bermula daripada satu sel di dalam badan ibu kamu. Tetapi sel tunggal ini menyimpan banyak maklumat-maklumat penting di dalamnya. Semua maklumat yang membentuk adik kamu sebagaimana dia sekarang telah disimpan di dalam sel ini: warna matanya, warna rambut, ketinggian dan sebagainya.
Kemudian sel ini mula membesar dan mula membahagikan dirinya. Mulanya, ia berpecah kepada dua sel. Bagaimanapun, terdapat satu peristiwa yang akan menarik perhatian kamu: Maklumat di dalam sel tidak terbahagi dua. Ini bererti maklumat yang sama telah disalin semula ke dalam dua sel. Selepas itu, sel-sel ini terus membahagikan diri dan penyalinan maklumat yang sama berlaku di dalam setiap satu daripadanya, menghasilkan banyak sel dengan maklumat yang sama. Kemudian semua sel-sel ini akan membahagikan diri kepada yang lain, dan yang lain membahagikan diri kepada yang lain pula. Proses ini terjadi sehingga berjuta-juta sel terbentuk.
hari 1
|
minggu 1 |

bulan 1 |
bulan 2 |
bulan 3 |
bulan 4 |
bulan 5-6 |
bulan 7-8-9 |
Ketika semua ini berlaku, sesuatu yang tidak dapat kamu bayangkan telah berlaku! Sel-sel ini, walaupun mempunyai maklumat-maklumat yang berbeza, melakukan tugas-tugas berbeza di antara satu sama lain. Sebahagian daripadanya membentuk kulit adik kamu. Sebahagian yang lain membentuk otot-ototnya, yang lain pula tengkoraknya, dan saraf-saraf otaknya.
Ketika sel-sel ini terus menyalin diri, sejumlah sel-sel seperti bentuk bola mula terbentuk. Seperti yang dapat kamu dilihat di dalam gambar pada bahagian atas halaman ini, mulanya kepala adik kamu muncul, diikuti dengan tangan-tangan dan kaki-kakinya yang kecil. Sel-sel ini terus membesar dan membahagikan diri dan selepas sembilan bulan, ia bertukar menjadi seorang bayi yang sempurna. Kamu berjumpa dengannya pertama kali setelah dia “dilahirkan”.
  |
Segala yang kami sebutkan setakat ini mungkin memeranjatkan kamu. Kamu mungkin akan terfikir tentang mengapa sel-sel ini melakukan tugas-tugas berbeza atau bagaimana mereka dapat bergabung di dalam bentuk yang sempurna. Allahlah yang telah melakukan semua ini. Sel-sel ini amat kecil sehinggakan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Seperti atom, adalah mustahil untuk sel-sel ini untuk membuat keputusan sendiri atau bergabung sendiri untuk membentuk seorang manusia. Adalah tidak masuk akal untuk memikirkan adik kamu atau manusia lain telah terbentuk daripada sel-sel yang bergabung secara kebetulan.
Allah, Pencipta semua ini, telah menjadikan manusia dengan sempurna dan Dia telah memberitahu mereka untuk memikirkan tentangnya di dalam Kitab yang diturunkan kepada kita:
Patutkah manusia itu berkata demikian dan tidak memikirkan bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu sedang ia pada masa itu belum ada sebarang apapun? (Surah Maryam:67)
Kamu, seperti juga adik kamu dan manusia lain, mula membesar daripada satu sel tunggal, yang terus membesar dan berubah menjadi seorang manusia sepenuhnya. Sekarang ini, kamu hidup dengan kehidupan yang baik di dunia ini. Kamu terhutang budi kepada Allah. Allah telah menunjukkan rahmat-Nya kepada kamu dan memberkati kamu. Oleh itu, jangan sekali-kali kamu terlupa untuk mengucapkan syukur kepada Pencipta kamu, Allah.
Kredit : Harun Yahya

DALAM kita menghadapi kemerosotan ekonomi negara dan dunia hari ini, saya pasti ramai di antara kita menggunakan wang yang dipinjam daripada bank, institusi kewangan, kad kredit mahupun ahli keluarga yang lain.
Perkara pelik yang saya perhatikan ialah ramai orang telah menjadi kaya-raya setelah mereka meminjam wang untuk digunakan dalam perniagaan atau projek.
Dalam pada itu juga, ramai yang menjadi muflis setelah meminjam wang, sama ada digunakan untuk perniagaan mahupun projek yang perlu dilaksanakan. Hairan, bagaimana perkara yang sama boleh mendatangkan kejayaan dan juga kegagalan.
Apabila kita meminjam, kita ingin menggunakan wang yang belum kita peroleh untuk membeli sesuatu barangan penting. Cuba kita fikirkan secara rasional, kenapa seseorang itu memerlukan sesuatu sehingga sanggup membayar beberapa ringgit lebih daripada sepatutnya (ini kita panggil faedah) untuk mendapat barangan yang digemari dengan segera. Terdapat beberapa kebaikan dan keburukan menggunakan wang yang belum diperoleh ini.
Kebaikan
* Barang-barang yang ingin dibeli memang dijual pada harga yang murah dan ia satu tawaran yang hebat di mana kita dapat menjimatkan wang apabila dibeli sekarang.
* Harga rumah memang rendah memandangkan keadaan ekonomi yang muram. Jadi, belilah rumah.
* Apabila kita membelinya, ia memberi peluang untuk anda menjadi pemilik, berbanding terus menyewa. Ini bermakna, anda tidak merugikan wang, misalnya membeli barangan pejabat, seperti mesin fotokopi atau mesin pencetak.
* Jika kereta lama terus digunakan, ia akan membazirkan petrol dan anda terpaksa membayar untuk membaiki kerosakan. Oleh itu, membeli yang baru lebih selamat dan menjimatkan. Jadi, tukarlah kenderaan yang sudah berusia lebih daripada lima tahun.
* Mengambil kursus atau melanjutkan pelajaran dapat meningkatkan lagi kemahiran. Ini bermakna anda berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang tinggi. Misalnya, melanjutkan pengajian tinggi seperti Ijazah Sarjana atau ijazah Ph.D.
Keburukan
* Jurujual dapat menyakinkan anda untuk membelinya sekarang (walaupun kita masih boleh mengatakan tidak).
* Hadiah yang mahal dan berharga yang dibeli untuk mendapatkan pujian dan nama (walaupun apa yang penting ialah kita mendoakan mereka dengan tulus ikhlas).
* Hari ini merupakan hari yang sedih, oleh itu untuk membahagiakan diri sendiri, saya sepatutnya membeli hadiah yang mahal atau berjenama untuk diri sendiri”. (Tidakkah lebih baik kalau anda berjumpa sahabat atau mengunjungi wad kanak-kanak atau warga emas. Perhatikan betapa bertuahnya anda kerana dapat mengharungi dugaan dengan keluarga tercinta dan masih sihat).
* Jiran sebelah rumah sudah menukar kereta lama dan menggantikannya dengan yang baru. Tak kan saya terus menggunakan kereta lama. Nanti apa pula kata jiran tetangga.
Anda boleh menjadi seorang yang berjaya iaitu jangan sekali suka meniru. Ukurlah baju di badan sendiri. Anda akan hidup panjang dengan aman dan tenteram.
Banyak kebaikan dan keburukan yang saya pasti anda dapat catatkan. Perhatikan bahawa semua kebaikan didorong oleh pemikiran yang logik dan selalunya diakhiri dengan menyimpan wang yang lebih banyak.
Perhatikan juga bahawa semua keburukan didorong oleh emosi yang ingin menunjuk-nunjuk yang selalunya menyebabkan anda kehabisan wang dan menambahkan lagi jumlah wang yang dipinjam.
Pemilihan di antara kebaikan dan keburukan tadi terletak di tangan anda.
Sebelum mengambil keputusan menggunakan wang masa hadapan, catatkan tujuan kenapa anda a perlu menggunakan wang tersebut.
Hanya dengan itu, barulah kita dapat membuat perbandingan.