Pejabat Pos Mengecawakan
May 21, 2008 Aktiviti

Hari ini agak sibuk dengan aktiviti yang berlangsung di UKM. Aku ada program seminar linguistik yang asia yang dijalankan selama dua hari. Jadi Program ini dihadiri oleh semua yang datang dari luar negara. Banyak negara yang datang untuk mempersembahkan hasil kajian yang dijalankan masing-masing. Jadi aku agak sibuk kerana menjadi tenaga penggerak program ini. Kehadiran mereka sangat dialu-alukan kerana untuk mendapatkan hasil kajian seperti mana meraka lakukan memang sukar untuk kita lakukan sebaik meraka. Mungkin ada yang lebih baik daripada kita tapi ada yang kurang baik hasilnya kepada kita. Itu tidak menjadi ukuran untuk sesuatu ilmu..
Semalam aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk menghantar bungkusan yang dipesan oleh kawanku di Sarawak. Bungkusan itu disediakan oleh rakanku yang lain. Jadi aku lebih kepada penghantar sahaja. Aku pun pergi ke Pejabat Pos tu. Jadi aku pun meminta borang penghantaran Pos Laju. Jadi setelah selesaikan semua pengisian dalam borang. Aku pun tunggu untuk giliran aku. Jadi tunggu punya tunggu sudah setengah jam sudah. Kuanter ada sampai enam. Yang macam jahanam aku sakit sakit, bukan pada kuanter tapi orang yang kerja. Kerja sorang sahaja pada hari itu. Mana yang lain. Ini yang aku tidak puas hati. Pekerja ramai tapi yang berkerja sorang sahaja. Sedih betul marah pun ada, macam hendak maki-maki pun ada. Sudah la tidak kerja seramai yang ada, inikan pula yang berkerja tu lembap la pula. Lembap betul. Seorang mengambil masa 10 minit. Bukannya buat apa pun.. Hantar surat je.. Selepas itu, masa free tu tidak panggil pelanggan. Dia buat apa entah lambat-lambat. Tak puas hati betul. Ini yang menjadi masalah kepada pekerja sekarang ini. Lebih mementingkan masa diri pada masa bekerja. Mana boleh begitu. Jika masa bekerja harus menumpukan perhatian kepada pelanggan untuk memberikan perkhidmatan.
Ini yang menjadikan sektor yang separuh kerajaan atau yang pernah berada dibawah kerajaan memang tidak mampu bersaing dengan penuh swasta. Masalah ini jika tidak mengambil berat akan ketinggalan ke belakang. Memang tidak akan mampu untuk maju kehadapan kerana mempunyai pekerja yang berdedikasi. Inikan pula seorang sahaja yang bekerja, manakala swasta selalu melakukan sesuatu perkhidmatan untuk memuaskan hati pelanggan.
Popularity: 9% [?]
Releven Entri :
Tags: Masalah



May 21st, 2008 at 2:36 am
uishhh!!!
aku boleh kata byk kali la camnie..
bkn takat pejabat pos jer..
bank pon sama..
hampeh!!
May 21st, 2008 at 3:09 am
Salam
Menguji kesabaran tu…tp kadang kadang hilang sabar gak kalo dah lama sangat dok sabar..hehe
May 21st, 2008 at 10:37 am
ni musti pejabat pos kat belakang shell tu ye ..
May 21st, 2008 at 12:47 pm
salam..sabar…budaya mereka dari dulu sampai sekarang tak berubah2..tak paham betul
May 21st, 2008 at 9:22 pm
#menteil > Ye La.. Tapi Bank Agak Cepat Jugak La.. Yang Ni P.Pos.. Dah La Lambat, Lembap Pula Tu.. Uishhh..
#mazain > Ye La.. Mcam Mcam Boleh Jadi.. Lau Betul2 Marah.. Kena Jerkah Kang.. Kan?
May 21st, 2008 at 9:23 pm
#chot > Semua P.Pos Sama Je Fenomena Ni.. Sama Semua..
#arsaili > Tu La.. Kenapa Tak Berubah Tu Yang Menjadi Persoalan.. Apsal Jadi Gitu.. Dah jadi Tabiat Kot
May 21st, 2008 at 10:36 pm
hehehe… sabar byk2 la… kebykan mereka mmg begitu walaupon tidak semua. mementingkan ms sendiri dan kesenangan sendiri. mcm mak kami kena kt satu agensi yg tidak mau aku ktkan disini… dia ingat petani tu bodoh ke? klu tak takkan la bley bela anak ramai2 cik kak oi. dah la sombong dh tu kt kat mak aku “makcik ni bendang ni berapa ekar” mak aku kt “makcik tak tau la ekar2 ni tp ada la XX relong, kira la sat…” dengan sombong mak aku kt dia jwb, “sy tak tau la makcik, patutnya kena letak ekar”… pastu kena sound direct ngan pakcik aku “awatla hangpa ni mangkaq sangat, ada system boleh check, pi la tgk kt computer, pakcik ni tak reti komputer, tp setau pakcik boleh ja guna system check”… hahaha… padan muka, malas dan sengal! (alamak tertulis pjg lak komentarku ini)
fizas last blog post..Glory Glory
May 22nd, 2008 at 12:54 pm
#fiza > Apa Pun Boleh Jadi.. Tu La Orang Sekarang Ni.. Semakin Segan.. Bukan Malu Tapi Pemalas…
May 23rd, 2008 at 12:23 pm
pakcik rojaidi! ape ko merepek kt blog aku tu wes? hehehe…. apetah dia ni.. suka serkap jarang aku ek. hehehe… klu yerpon bawak la serkap yang elok sket
fizas last blog post..You Never Alone