Pemainan Hobi Sukan - Squash

Selamat bulan Jun 2008.

Aku bermula dengan semangat baru pada bulan Jun. Aku baru sahaja bermula dengan sukan yang sudah lama bertapak di Malaysia. Ada jaguh-jaguh yang mencipta nama dalam area ini. Sukan ini merupakan sukan Squash. Sukan ini memang soronok jika dibandingkan dengan sukan Tenis dan Badminton. Sukan Squash telah menarik hati aku untuk mendalami sukan ini dan lebih memahami dengan lebih lanjut. Apabila sukan ini memikat hati aku, aku terus jatuh cinta padanya. Aku tidak tahu mengapa jadi begitu. Jika diberikan kesempatan akan aku cuba untuk menjalankan latihan intensif untuk mengembalikan fitnes  aku kembali baik seperti mana semasa aku di bangku sekolah. Sukan ini memerlukan tenaga yang baik daripada kaki dan juga tangan malah teknik yang baik untuk memberikan saingan yang sengit. Setelah dua (2) kali sahaja bermula bermain, aku terus memikirkan untuk menggunakan wang simpanan aku untuk membeli raket squash. Nilai raket yang aku belikan tidaklah sama dengan nilai raket Nicol Ann David. Tapi sekadar untuk mencari rantak sahaja raket itu. Nilai semuanya lebih seratus sahaja. Bukan berkira. Tapi untuk permulaan.

Setelah aku bermain, dengan raket baru aku aku rasa macam spirit ada untuk bermain dengan baik. Tapi tidak sebaik mereka yang bergelar atlit. Setelah aku mencapai tahap maksimum, maka akan aku cuba nasib untuk memasuki tournament. Ini juga untuk memberi pengalaman untuk mencuba nasib untuk kemenangan.

Aku baru sahaja bermula berkecimpung dalam sukan ini. Aku rasa akan menggunakan sukan ini sebagai sukan no 1 aku. Berbanding dengan sukan dahulunya bola sepak menjadi sukan no 1. Tetapi sekarang, ranking itu sudah berubah. Aku kini ada jurulatih yang tidak berbayar dan mereka ini berfungsi sebagai melatih aku untuk maju dalam sukan ini. Memang mereka ini tidak berbayar. Tapi semangat yang mereka tunjukkan memang mengharukan. Ini bukan untuk diskriminasi. Tapi adalah bantuan kawan kepada rakan yang mereka kasihi.. Hehe..

Jika diberikan peluang untuk memasuki tournament akan aku masuki tournament itu. Itupun jika aku tahu ada tournament luar yang ada. Jika kawan-kawan ada dengar dan pasti ada tournament, silalah beritahu saya untuk saya masuki tournament itu, Itu sahaja yang saya ingin sampaikan kepada anda tentang hobi baru aku.. Selamat bersukan semua dan hidup sihat sejahtera.

Popularity: 10% [?]

Releven Entri :

4 Responses to “Pemainan Hobi Sukan - Squash”

  1. fiza Says:

    wah wah… sungguh menarik dan bersungguh. aku doakan hang berjaya la dlm sukan ni ek… takpe2 raket tak mahai mcm nicol ann david pon takpa… heeehehe…

    fizas last blog post..Rama-Rama Itu Cantik


  2. mrozaidi Says:

    Ini Baru Permulaan..Huhuh


  3. kuina Says:

    ala x yah fikir nk jd jaguh fikir nk exers’e udah la.. btw… gud luck dgn hoby br jgn hangat2 tahi ayam udah la!

    kuinas last blog post..Akta 654 & 655


  4. mrozaidi Says:

    #kuina > Semangat Ni.. Bukannya apa.. Lau ada Peluang Apa salahnya..


Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>