Pendidikan Seks

Untuk menangani gejala yang berkait aspek seksual, maklumat dan pengetahuan yang tepat berkaitan dengan seksualiti dan reproduksi perlulah didedahkan kepada golongan remaja agar mereka memperolehi maklumat yang mampu menjadi benteng pertahanan diri dari perkara yang boleh merosakkan diri dan masa depan mereka.Pendidikan seks secara umumnya merupakan satu proses mendidik yang bersifat maklumat (cognitive), pemahaman dalaman (internal cosnsiousness/spiritual/ morality) dan juga jasmani (physical) kepada golongan sasaran tertentu seperti pelajar sekolah dan juga orang awam tentang amalan kehidupan yang berkaitan dengan hubungan di antara dua jantina tersebut.

Apabila membicarakan tentang seksualiti, isu-isu berkaitan yang perlu diberi perhatian tidak sepatutnya terhad kepada perbezaan, perkembangan dan perubahan fizikal jantina sahaja tetapi ia mestilah turut sama memberi perhatian kepada isu interaksi di antara lelaki dan perempuan serta peranan institusi keluarga kerana pemahaman yang betul terhadap perkara tersebut akan dapat mewujudkan kehidupan seksual yang harmoni di kalangan manusia.

Kandungan pengisian program pendidikan seksual mestilah mampu menjurus orang yang dididik ke arah memahami diri sendiri yang seterusnya membawa mereka kepada mengenali dan patuh kepada Allah sebagai tuhan mereka.

Penjagaan maruah bukan perkara kecil kerana ia merupakan salah satu daripada tujuan atau matlamat umum (maqasid) kepada penurunan syariat Allah ke atas manusia.

Islam menekankan bahawa pendidikan harus dimulakan daripada peringkat bawah supaya kanak-kanak dapat memahami perbezaan jantina yang wujud di antara mereka. Pada peringkat usia 10 tahun lagi, ibu-bapa diarahkan untuk mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan. Arahan ini secara tidak langsung (indirect) adalah satu bentuk didikan agar anak-anak ini dapat memahami bahawa perbezaan jantina yang wujud antara mereka tidak membolehkan mereka untuk berhubungan terlalu rapat walaupun mereka mempunyai pertalian darah. Apabila meningkat dewasa, kefahaman itu akan menjadi lebih jelas apabila mereka diwajibkan menutup aurat serta membatasi pergaulan dengan jantina yang berbeza.

Hal yang sama juga dapat dilihat melalui pendekatan yang digunakan oleh syariat Islam untuk menerapkan garis kehidupan seksual umatnya. Penekanan diberikan kepada langkah pencegahan awal seperti mewajibkan penutupan aurat, melarang pergaulan bebas antara jantina berbeza serta menetapkan mekanisme penyaluran keperluan seksual yang sah melalui institusi perkahwinan yang amat digalakkan di dalam Islam. Nabi s.a.w sendiri telah menyatakan bahawa mereka yang berkahwin itu telah menyempurnakan separuh daripada kesempurnaan agamanya bahkan mereka yang mengelakkan daripada berkahwin dalam keadaan mereka mampu berbuat demikian dianggap tidak termasuk dalam kelompok umatnya.

Kesimpulan:

  1. Dilihat secara menyeluruh (holistic) kerana pelaksanaannya adalah bermatlamatkan kepada sebuah sistem kehidupan insan yang harmoni dan sejahtera
  2. Mengelakkan daripada salahfaham yang boleh membawa kepada gangguan dan kekacauan akibat daripada salahguna maklumat yang diperolehi
  3. Menjadikan keselamatan dan kesejahteraan umat sebagai agenda utama dalam pelaksanaan pendidikan seks
  4. Berpandukan kepada rangka matlamat syariat (maqasid syariah) – menjaga agama, maruah, keturunan dll. - agar pelaksanaannya dapat mencapai objektif yang diharapkan

Popularity: 39% [?]

Releven Entri :

14 Responses to “Pendidikan Seks”

  1. Azhar Ahmad Says:

    Matlamat tidak menghalalkan cara….


  2. mrozaidi Says:

    Betul..Jika Ada Kesalahan yang bertentangan tidak harus dihalalkan


  3. hafifi Says:

    pendidikan seks..isu yang menarik tuk dibincangkan mrozaidi…aku setuju dengan ko..


  4. deennasour Says:

    tapi kan, kalau boleh, masuk 7 tahun tu pun dah boleh asingkan laki2 dan pompuan tu,
    bia besa sejak kecik lagi~


  5. mrozaidi Says:

    Yap. Itu Yang dikehendaki sepatutnya dilakukan..


  6. mrozaidi Says:

    Iye..Memang Seharusnya Isu Ini Menjadi Pendebatan Untuk Menghindarkan Remaja Kita Terjerumus Dalam Maksiat


  7. deennasour Says:

    ramai mak bpk jadi batu bila anak masih jadi rebung, bila anak jadi buluh mak bpk jadi air main ikut je alur buluh anak~


  8. mrozaidi Says:

    Ye Ke..Rasanya Mungkin Tengok Anak Yang Bependidikan Kot..


  9. Hamdi Says:

    hurm, pendidikan seks…
    apa yang best pasal benda nih…
    macam ni, baru0baru nih pihak kerajaan ada menyatakan untuk melaksanakan pendidikan seks bermula dari sekolah rendah…
    tapi, apa yang merisaukan ialah penyalahgunaan kefahaman…
    ini kerana budak kecil tidak mampu berfikir seperti orang dewasa…
    Fikirkanlah!!!


  10. mrozaidi Says:

    Itu Sudah Semestinya..Ini Bukan Nak Hindarkan Lagi Tetapi Mengalakkan Lagi..Sebab Mungkin Akan Memberi Keseronokan Kepada Meraka..


  11. Leeza Says:

    masyarakat kita kini terlalu maju dan terlalu terbuka, jadi pendidikan seks juga harus diketengahkan untuk menghindar gejala maksiat awal yg kini menular di kalangan remaja kini … berbalik kepada akar umbi semmgnya peranan ibubapa amat penting dalam memantau perlakuan dan pergaulan anak masing-masing … tanggunjawab mereka bukan setakat memberi pendidikan dan menyediakan keperluan sahaja …


  12. mrozaidi Says:

    Itu Sudah Semestinya.. Tapi Ibubapa Sekarang Kena Ada Benteng Yang Kuat Untuk Anak2 Menghadapi Pendidikan Sebegini Supaya Tidak Terikut2 Dan Salah Guna..


  13. emet Says:

    Rozaidi, ia adalah semudah ini.

    “Berikan didikan agama yang sempurna, insyaAllah maksiat tidak berleluasa”…

    Kalau dah jauh dari agama, memang mcm2 gejala negatif hinggap pada masyarakat kita ni.


  14. mrozaidi Says:

    Betul2..


Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>