Penipuan Internet

Penipuan di Internet sudah lama berlansung. Keluasan berita atau maklumat ini tersebar tidak meluas. Maklumat sebegini tidak berapa diambil berat kerana keprihatinan masyarakat Malaysia atau masyarakat internet menyebarkan penipuan ini. Jadi kali ini saya ingin memberikan satu gejala yang berlaku dalam dunia internet. Mangsa-mangsa yang menjadi “hiburan dan makanan” pemangsa bermulanya juga dari internet. Setiap perbuatan pemangsa sukar diandaikan. Perbuatan pemangsa selalunya akan memuatturunkan daripada laman-laman yang seumpama friendster, myspace, facebook, dan lain-lain lagi.

Mangsa akan ditipu dengan menggunakan gambar sekeping gambar untuk memerangkap mangsanya. Gambar itu digunakan untuk memerangkap seorang mangsa untuk kepentingannya. Selalunya gambar yang digunakan sama ada gambar lelaki atau perempuan dan mangsanya selalu berlawanan dengan gambar. Maksudnya disini, jika gambar itu gambar perempuan, maka pemangsa akan mencari mangsa lelaki. Jika berjaya, pemangsa ini akan menggunakan satu pujukan untuk mencapai target. Mangsa akan dipujuk untuk melakukan apa yang dikehendaki seperti bogel, dan apa-apa yang dikehendakinya. Apabila pemangsa ini sudah mencapai targetnya maka pemangsa ini akan mengugut untuk menyebarkan gambar mangsa ini untuk mendapatkan wang. Jadi ugutan itu akan berlangsung apabila sampai pemangsa ini dapat bayaran yang lumayan.

Keadaan ini mungkin sudah berlaku dalam negara kita Malaysia. Ini kemungkinan akan berluasa jika tidak dibendung. Wanita telah menjadi pengguna internet yang besar pada zaman sekarang termasuk bagi tujuan e-perdagangan dan memperluaskan rangkaian sosial. Jika penggunaan internet dimulakan oleh lelaki, wanita dengan pantas mengejar dari belakang. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Nielsen/NetRatings pada Mei 2006, sebanyak 52 peratus pengguna internet adalah wanita. Tinjauan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) pula mendedahkan, tidak terdapat jurang perbezaan yang ketara di antara pengguna internet lelaki mahupun wanita. Pada 2006, pengguna internet lelaki ialah 53 peratus manakala wanita 47 peratus.

Bagaimanapun, wanita yang sentiasa berada dalam talian telah meningkat sebanyak 19 peratus sejak tahun 2003 berbanding dengan lelaki yang hanya bertambah sebanyak 12 peratus. Trend ini dijangka akan berterusan.Di Malaysia, MCMC merekodkan lebih 13 juta pengguna internet (September 2006) dan daripada angka tersebut, dua juta adalah pengguna internet dari rumah (Disember 2006). Dengan akses kepada maklumat dan pengetahuan yang meluas, wanita secara tidak langsung mempunyai kuasa perkongsian pendapat dan pandangan yang bebas.

Jadi, bagi wanita dan lelaki supaya berhati-hati jika ada perkara sedemikian, jangan terlalu takut untuk melaporkan kepada polis. Jadi ada yang bertanggungjawab dan ada yang sebaliknya. Jadi berhati-hati itu perlu dalam kehidupan internet.

Artikal Lain...

RSS feed | Trackback URI

2 Comments »

Comment by hafifi
2008-04-11 15:13:02

bab2 bogel tu yang aku tak tahan bro

Comment by mrozaidi
2008-04-11 17:30:58

Alaa… Bila YM Tu Atau gambar apa yang diminta.. Mereka akan rakam.. pas tu baru dia ‘pau’. haha..

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post