Penipuan Mega Sale 2009 di Bukit Bintang

Mega Sale 2009 tahun ini hebat diperkatakan dan dinantikan oleh ramai orang terutamanya di Kuala Lumpur. Mega Sale yang berlangsung sekarang ini hingga akhir ogos 2009 memang menjadi tumpuan ramai. Ini menyebabkan ramai pihak tidak mengambil “indah tak indah” terhadap sebahagian lagi golongan lain yang mengambil kesempatan terhadap Mega Sale sedang berlangsung. Jualan secara besar-besar yang murah menjadikan ramai masyarakat kabur mata untuk mendapatkan sesuatu yang murah dan berpatutan. Tapi ada golongan yang sebalik menjadikan pembeli dan masyarakat menjadikan mereka mangsa seterus untuk mengaut keuntungan yang banyak dalam sekelip mata. Inilah yang hebat ingin aku katakan disini.
Sebenarnya Mega Sale 2009 di jalan ini merupakan satu penipuan besar yang tidak diketahui umum. Ini kerana dalam pamplate yang diberikan andaian mempunyai Special Gift di dalam semua kad. Semua Special Gift ini menggunakan teknik membawa mangsa ke “Opis” yang tidak berupa office. Membawa mangsa ke situ untuk menjelaskan barang yang akan dihadiahkan. Dalam penjelasannya, mangsa perlu mengeluarkan RM4000 untuk membayar cukai barang. Jadi Setelah itu, akan menjadi titik tolak dimana mereka akan memberika keyakinan bahawa jika tidak mendapat barang akan mendapat ganti rugi sebanyak RM8000. Persoalannya, Special Gift yang diberikan merupakan pembelian secara senyap untuk memerangkap mangsa yang inginkan kekayaan cepat. Persoalannya, mana ada orang bayar cukai pembelian barang dahulu sebelum beli barang? Kan. Betul Tak?
Mereka menggunakan remaja yang baru habis sekolah menengah untuk menjalankan aktiviti meraka supaya mereka terlepas daripada tangkap. Mereka mengeluarkan kad pengenalan salinan/fotocopy untuk memberikan kepada mangsa mereka memegang kad itu untuk menyakinkan mangsa untuk dibawa kepada “opis” mereka. Mereka ini bergerak ramai dalam suatu tempat terutamanya tempat yang menjadi tumpuan ramai. Di Bukit Bintang menjadi tumpuan ramai dan mereka ini mudah untuk menjerat mangsa dan lebih kepada menjanjikan kekayaan sekelip mata.
Selain itu, mereka akan membawa kita ke tempat yang dituju ( Taman Desa) menggunakan teksi dan kita akan membayar tambang. Dah setelah sampai dan akan diterangkan segalanya, kamu akan membuat keputusan sama ada inginkan kekayaan mahupun sebaliknya (kekecewaan.
Jadi janganlah terpedaya dengan Mega Sale 2009 lagi.