Perlu Dielak Ketika Hamil
1. Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.
2. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.
3. Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.
4. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari , risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.
5. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.
6. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.
7. Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.
8. Hentikan kegiakan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.
9. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.
10. Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.
Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung
Lawatan Pertama
Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.
Lawatan Kedua
Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.
Lawatan Ketiga
%0
Popularity: 7% [?]



July 17th, 2008 at 3:24 pm
kalau datuk nenek pesan
jgn mkn tapai & nenas
tp bergantunglah juga dgn diri seseorg
tiap org berbeza
senarai yg diatas ni kesemuanya ubat ubatan bahan kimia
July 17th, 2008 at 5:50 pm
#Kujie > Ooo..Tahu.. Kenapa Tak Leh Makan Tapai Dan Nenas. Apa Kesannya..
July 17th, 2008 at 9:13 pm
thanks ek… ilmu lagi… naper pompoan tokleh makan tapai n nenas tu sebab benda tu tajam. klu tak tahan leh gugur gak… tp depend on kekuatan pompoan tula… aku tak tau sangat, almaklumla belom ada pengalaman lagi…tp itula org tua2 kata.
fizas last blog post..Selama mana harus bertahan?
July 18th, 2008 at 11:03 am
#Fiza > Oooo.. Macam Mana Lak Lau Mengida Nenas Dgn Tapai.. Leh Makan Jugak Ke..
July 18th, 2008 at 8:12 pm
waahahah.
anda pregnant ka?
July 18th, 2008 at 10:15 pm
erm… kan aku kt depend on org tu…hehehe… tp klu org tua kt xleh makan, ikut jerla kan… syg baby ke syg ke ape? hehehe… so cik abg kena la ayat bini dia makan mende len… tpkan… klu ibu syg baby, awal2 pegnent tu dia tak makan aih…hehehe… agaknya la… aku mana tau… ko tanya la org hat pengalaman…
fizas last blog post..Rehat awal
July 19th, 2008 at 3:40 pm
wah, banyak sungguh benda yang berfaedah dalam blog nih…
btw, info hamil nih akan ku simpan untuk isteri ku kelak..
July 20th, 2008 at 7:03 pm
salam good tips
arsailis last blog post..
July 21st, 2008 at 7:47 pm
ada pengalaman makan tapai
tapi masa tu baru minggu ke 5@6
tak sedar pun dah pregnen
tp itulah pesan datuk nenek
bahan tapai tu gamaknya yg tak tahan
mgkn org lain tak pe
kan..dah ckp…tiap org berbeza walau dgn mak atau nenek sendiri
July 21st, 2008 at 8:31 pm
Ooo.. Mcam Tu.. Kena Berhati-Hati La..Kan?