Rahsia Orang Perempuan
Jun 25, 2008 Info
Cerita ini peringatan untuk kawan lelaki je, tapi orang pompuan take note… …hehe… Jom kita tengok benda-benda yang selama ini menjadi rahsia yang terperam buat orang perempuan. Ini bukan mengumpat, tapi kenyataan.. Jadi bagi lelaki haruslah fahami hakikat bahawa perempuan itu.. Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!
Menurut satu kajian; kebanyakan wanita akan berkata,tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita! Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran! Wanita memang pemurah… sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping compleks tiap-tiap minggu!
Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu… tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merah
sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!
Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami. Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya! Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per… per… !
Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!
Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja,enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah - tengok muka sendiri!Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata. Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit.
Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah! Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang-kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja.
Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan! Menurut satu perangkaan, orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.
Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa mengibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang.
Popularity: 8% [?]



June 25th, 2008 at 7:03 pm
erm… sinis entry kali ni. huhuhu… tp sy sikit pon tak terasa… hahaha.. ketawa ada la. sebab isi2nya ada yg benar ada yang kurang benar. tp manusia itu kan berbeza. ada yang kerenahnya begini… ada kerenahnya yang begitu. erm.. tp as fren, really happy dat at least u have some effort la kan utk kenal siapa wanita…
tak kesah wanita atau lelaki… idup ni utk lengkap melengkapi… klu semua org sempurna, hidup ni bosan tau tak…
erm… sy nk blk kg weekend ni… nk blk kg mak kt perlis jgk…
nanti letak agi entry psl wanita lagi byk ek… uhuhuhuhu
fizas last blog post..Bisikan Nurani
June 25th, 2008 at 10:20 pm
#Fiza > Ko Ni Tak Habis2 Balik Kampung..
mrozaidis last blog post..Rahsia Orang Perempuan
June 25th, 2008 at 10:48 pm
huhuh… hang jgn la jeles pakcik… kt penang ni busan tau tak sorang2, jd blk kg adalah lebih baik… lgpon sejak minyak naik, sebulan sekali ja blk tau tak… uhuhuhu…
fizas last blog post..Bisikan Nurani
June 26th, 2008 at 8:49 am
huhuhu… en3 nie buatkn akak bangga jd pompuan… berbeza sunggh dgn lelaki.
ehhh next en3 detailkn ayatnie “tengok bini orang terlupa bini kita”
June 26th, 2008 at 9:47 am
#Fiza > Pergi la shopping ke.. mana2 ke… tgk wayang ke.. mana2 je..
#kuina > Akan saya usahakan untuk menlahirkan entri tu…
June 26th, 2008 at 4:04 pm
aku sokong ckp fiza tu…hehe
chots last blog post..street fhoto..
June 26th, 2008 at 9:07 pm
haha..best tul entri ko kali nie..dan aku pun sokong fiza juga !
aku rasa aku pun nak bwat entri untuk mengenali lelaki yg bertajuk “lelaki,kedai mamak dan rahsia mereka” hehe..
;p
Irdzras last blog post..Maria Elena
June 26th, 2008 at 10:29 pm
#Irdzra > Buatlah.. Bagus2
June 26th, 2008 at 11:49 pm
see pakcik… kawan2 u sokong sy… entry awk kali ni bagus… lagipon, tak salah kita cuba memahami psgn kita. tak salah klu cuba mengenal kelebihan dan kekurangannya…
irdzra: erm…entry psl tu pon bagus jgk
fizas last blog post..1st Short Story
June 27th, 2008 at 9:35 am
#Fiza > Ye Lor.. Akan Ku Nikmatinya.. Hehe..
June 27th, 2008 at 11:57 am
hehe..fiza..ye ke ? hmm..boleh jugak..fiza atau yg lain nak sumbang idea skali tak ? hehe..
Irdzras last blog post..Rotating Tower
June 27th, 2008 at 2:29 pm
#Irdzra > Boleh2..Hehe
June 27th, 2008 at 6:03 pm
haha. dah nama pun pempuan. Nak wat camana..