SANTAPAN ILMU MODALITI
Apr 15, 2008 Bahasa
MODALITI PEMIMPIN DAN RAKYAT
Analisis Tekstual akan di analisis dengan menghuraikan fitur atau maklumat teks wacana ini. Dengan urauian yang diberikan akan memberikan bahawa dapat ditafsirkan bahawa satu aspek social pemimpin dengan rakyat sempena Perhimpunan Agung Umno yang tumpat didalamnya iaitu berkaitan dengan proses kepimpinan. Menurut Fairclough dalam Idris Aman ( 2006 ) bahawa terdapat tiga (3) aspek nahu yang menjadi keutamaan iaitu transitifan, tema dan modaliti. Dalam kajian ini aspek nahu yang dianalisis berdasarkan nahu modality sahaja. Unsur modality yang digunakan merupakan unsur yang dominan yang membentuk kuasa pemimpin kepada ahlinya termasuklah rakyat umumnya.
NAHU MODALITI
Pelbagai tafsiran yang diberikan untuk menjelaskan makna atau konsep modality, maka secara umumnya, dalam Idris Aman (2006) menyatakan bahawa modality sebagai teks yang berupaya memperlihatkan sikap pewacana tehadap ujaranya seperti penyataan, laporan, kenyataan, sumbangan, cadangan, pasti, dan arif. Dengan adanya unsur berikut bahawa modaliti mampu memberi makna lebihan seperti komitmen, kebenaran, pengesahan dan sebagainya. Bentuk sosial dapat dibinakan dan wujud melalui kuasa dan sikap pewacana mengujarkan ujaran yang dapat dihasilkan dengan menggunakan modaliti tertentu.
Oleh demikian, Fokus utama analisis nahu klausa wacana pemimpin adalah berdasarkan penggunaan modaliti dari sudut fungsi interpersonalnya. Huraian ini juga untuk menjelaskan terdapat penggunaan unsur modaliti yang dijadikan kuasa dan tarikan yang tersirat untuk kefahaman ahlinya dan rakyat yang mendengar. Penggunaan unsur modaliti akan dikelompok dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2006. Tujuannya adalah melihat penggunaan yang dominan akan dihubungkan dengan bentuk sosial dan kuasanya untuk mengujarkan wacana sebagai pemimpin parti dan rakyat dan ahlinya sebagai khalayaknya. Dengan demikian, unsur modaliti akan dimanfaatkan dengan tafsiran sikap, atau kuasa ujaran.
Popularity: 13% [?]



April 15th, 2008 at 11:25 am
modaliti..mcm complicated je..
*tag tu nnti i jawab ye*hehe:)
April 15th, 2008 at 3:26 pm
Haha… Memang Complicated. Inilah yang dikatakan kajian yang dilakukan dalam Univerisiti..Hehe..
April 15th, 2008 at 4:02 pm
kajian?kajian ape plak ni..
April 15th, 2008 at 5:28 pm
Inilah Kajian Bahasa Namanya..INtro Je La Ni…
April 17th, 2008 at 3:31 pm
uuhhh dulu2 sy suka gak baca buku Nik Safiah Karim… pasal bahasa tp la nie dok buka buku engineering aja, tak dan dah…