Sidang Parlimen, LIVE!!!

LIVE!!!! Berapa lama akan bertahan? Berapa lama siaran langsung akan berlangsung. Keputusan Kabinet memang luar jangkaan. Persetujuan ini memang dinanti-nantikan. Walaupun ada yang beranggapam bahawa ini mainan politik tetapi rasa saya, ini memang menjadi titik tolak demokrasi seperti mana di Eropah dan Amerika yang memang menjadikan dewan perdebatan ahli parlimen sebagai tempat gelanggang yang perlu ada penontonnya. Sifat ini perlu diwujudkan dari dahulu lagi, bukan sudah kalah baru hendak melakukannya, ini yang menjadi rakyat tidak suka akan permainan politik BN. Sudah kalah baru hendak lakukan.

Bak kata Ahmad Shaberi;

“Kita mesti memandang positif ahli politik yang masing-masing mempunyai wawasan, hajat dan ideologi untuk diketengahkan. Dalam sistem negara yang demokratik, seharusnya rakyat diberi peluang untuk mendengar pandangan berkenaan secara rasional dan tersusun,”

Manipulasi pihak tertentu bukan perkara sebenar. Itu bergantung kepada pihak yang berprihatin dan berpeka pada keadaan semasa. Memang 30 minit bagi saya tidak mengcukupi. Seharusnya sepanjang perdebatan harus ditunjuk dari mula hingga akhir. Saya ada keyakinan bahawa pihak yang pandai mengambil peluang akan menyatakan dan memberikan satu isu atau bidasan jawapan dalam masa 30 minit tayangan LIVE!!! itu untuk menarik perhatian rakyat. Itu juga bergantung pada kelebihan wakil itu. Selain itu, dari sudut lain pula, manipulasi BN juga akan sama seperti dahulu, iaitu, siaran langsung ini juga akan menyiarkan pihak BN sahaja yang akan ditunjukkan berkata dan berdebat atau berhujah atau berbidas. Ini kemungkinan besar akan berlaku. Tanggapan saya ini akan manjadi persoalan yang akan ada jawapannya nanti, bukan hanya untuk seketika sahaja tetapi jangka masa panjang. Mungkin pada mulanya, siaran ini akan memberikan pembangkang tunjuk muka, manakala lama kelamaan tidak akan ada siaran mukanya lagi.