Ucapan Dasar Presiden : Perhimpunan Agung UMNO 2006
Apr 23, 2008 Politik
Pada Perhimpunan Agung 2006 telah dibentangkan buat kali ketiga bagi Pak Lah. Kira Sudah tiga tahun Pak Lah mentadbir negara. Pada masa tiga tahun yang lalu, Pak Lah telah menggariskan dua belas gagasan yang menjadi landasan dalam usaha untuk membina masa depan negara dan warga mencapai kejayaan lebih cemerlang, lebih gemilang dan lebih terbilang. Tapi itu sudah lama diperkenalkan, tahun 2003 lagi. Beliau juga menyatakan akan memberikan komitmen untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, menjadikan Malaysia mencapai taraf negara maju. Walaupun memberikan penyataan komitmen dalam memajukan Wawasan 2020, Pak Lah juga membatalkan rancangan tersebut. Itu yang dikatakan komitmen. Membatalkan yang sudah dijalankan hampir separuh jalan dan membuat yang baru, dan lancarkan pembangunan yang dianggap sia-sia dan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Ini yang dikatakan komitmen, bukan hanya komitmen, tetapi rancangan yang besar dan baik harus dirancang dengan panjang, bukan terus sahaja menlancarkan perkara tengah dirancang. Rancangan yang sedia ada pun tidak habis lagi, menambah lagi satu lagi, yang sedia ada pun belum tentu berjaya, rancangan baru itu boleh dianggap berjaya. Jangan terlalu merancang, hasil belum tentu lagi.
Popularity: 14% [?]



April 23rd, 2008 at 3:55 pm
itulah pasal..merancang je tapi tak jalan..
April 24th, 2008 at 12:03 am
Itulah Pemimpin Sekarang ni..